• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
logo bromoden

Bromoden

Teknologi mudahkan hidup

  • Laman utama
  • Internet / Online
  • Review / Cadangan
  • Komputer / Software
  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media

Bagaimana Cara Padam Akaun Facebook?

May 6, 2023 by B. L. Joseph | Kategori: Internet / Online

Bagaimana Cara Padam Akaun Facebook?

Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364

Panduan bergambar cara padam akaun facebook dan lain-lain perkara yang perlu diketahui.

Kita ambil keputusan untuk padam dan delete akaun facebook.

Mungkin atas sebab-sebab tertentu…

Dalam post ini kita akan lihat caranya dan juga topik berkaitan seperti berikut:

  • Pilihan yang boleh kita buat
  • Apa yang kita perlu tahu sebelum padam akaun
  • Cara padam akaun Facebook guna handphone
  • Cara padam akaun Facebook guna PC

Teruskan membaca.

Nota: Jika anda nak padam page facebook boleh rujuk bagaimana cara padam page Facebook.

Pilihan yang boleh kita buat

Bergantung pada sebab kenapa kita nak padam akaun facebook, sebenarnya kita ada 2 pilihan:

  1. Deletion – Padam akaun facebook.
  2. Deactivate – Tutup sementara.

Bezanya, jika kita padam, selepas itu memang tak akan dapat guna semula.

Jika kita deactivate, bila rasa-rasa nak guna semula boleh aktifkan kembali.

Apa pun semuanya bergantung pada sebab kita nak padam akaun facebook.

Kedua-dua cara akan dinyatakan dalam bahagian seterusnya.

Apa yang kita perlu tahu sebelum padam akaun

Jika kita ambil keputusan untuk padam:

  • Akaun tidak dapat diaktifkan semula.
  • Profile, gambar, post, video dan lain-lain akan hilang sepenuhnya.
  • Facebook messenger tidak dapat digunakan lagi.
  • Jika sebelum ini anda ada daftar akaun dekat mana-mana guna facebook, tak dapat gunakan akaun tersebut lagi
  • Mesej yang anda hantar pada kawan-kawan (inbox) tidak ikut padam.
  • Facebook page yang anda buat menggunakan akaun facebok tersebut juga akan ikut terpadam, melainkan anda berikan admin pada orang lain sebelum padam.
  • Pemadaman akaun facebook mengambil masa 30 hari dari tarikh mulah dipadam. Dalam tempoh tersebut kita masih boleh cancel untuk padam. Lebih dari 30 hari akaun akan lenyap.

Jika contohnya kita nak guna butir-butir yang sama untuk buat akaun baru (no tel, email…) kena tunggu lepas 30 hari baru boleh gunakan.

Jika kita pilih untuk deactivate akaun pula:

  • Profile, gambar, post, video dan lain-lain tidak akan dipadam tetapi;
  • Pengguna facebook lain tidak akan dapat mencari dan melihat profile facebook anda.
  • Facebook messenger masih boleh digunakan.
  • Jika anda pernah buat akaun dekat mana-mana guna facebook, masih boleh digunakan.
  • Page facebook yang anda buat melalui akaun yang deactivate akan turut serta tidak aktif – melainkan anda bagi orang lain jadi admin.
  • Anda boleh aktifkan akaun facebook anda bila-bila masa.

Cara padam / deactivate akaun Facebook guna handphone

Berikut merupakan cara padam dan deactivate akaun facebook melalui handphone:

Langkah 1 Buka aplikasi Facebook dalam handphone.

Langkah 2 Sentuh pada menu, 3 garis bertindih hujung kanan.

menu facebook untuk cara padam akaun facebook

Ikon menu ini terletak pada bahagian paling atas sebelah kanan.

Langkah 3 Skrol kebawah dan cari ‘Setting & Privacy‘ dan pilih.

menu setting dan privacy

Skrol ke bahagian paling bawah untuk mencari pilihan ini.

Langkah 4 Dibawah ‘Setting & Privacy’ pilih ‘Settings‘.

menu setting di bawah bahagian setting dan privacy

Bila anda pilih pilihan ‘Setting & privacy’, ia akan mengeluarkan menu dropdown – pilih setting.

Langkah 5 Dalam setting, cari ‘Profile access and control‘ yang terletak dalam bahagian Account.

profile access dan control

Skrol sedikit kebawah untuk sampai ke bahagian ‘Account’. Pilihan ‘Profile access and control’ ada di situ.

Langkah 6 Pilih ‘Deactivation and deletion‘

bahagian deactivation dan deletion

Langkah 7 Boleh pilih antara deactivate atau delete, dan klik pada butang biru untuk confirmkan pilihan.

Cara untuk padam atau deactivate akaun facebook

Selesai cara untuk padam akaun facebook menggunakan handphone.

Cara padam / deactivate akaun Facebook guna PC

Jika anda gunakan PC, laptop atau menggunakan facebook daripada pelayar internet, caranya seperti berikut:

Langkah 1 Buka pelayar internet dan masuk ke akaun yang anda nak padamkan.

Langkah 2 Klik pada menu yang terletak di penjuru kanan atas paparan facebook anda.

menu facebook versi desktop pc

Menu tersebut, ikon nya adalah gambar profile facebook yang nak dipadamkan.

Langkah 2 Pilih pilihan ‘Setting & Privacy, dan seterusnya ‘Settings’.

Dalam pilihan yang diberikan, klik pada pilihan ‘Setting & Privacy’.

pilihan setting dan privacy dalam menu

Selanjutnya, pilihan seterusnya akan keluar. Pilih ‘Settings’.

setting dalam setting dan privacy

Langkah 3 Klik pada menu ‘Privacy‘

menu privacy dalam setting

Paparan baru akan diberikan.

Di sebelah kiri paparan tersebut terdapat pilihan menu. Klik pada ‘Privacy‘.

Langkah 4 Klik pada menu ‘Your Facebook information‘

menu your facebook information

Dalam pilihan menu yang diberikan di bawah ‘privacy’, klik pada ‘Your Facebook information‘.

Langkah 5 Pilih untuk ‘deactivate’ atau ‘deletion’.

Dalam bahagian ‘Your Facebook information’, lihat pada paparan sebelah kanan.

Cari dan ‘View’ pada bahagian ‘Deactivation & Deletion’:

cara untuk deactivate atau padam akaun facebook untuk versi laman web

Seterusnya hanya perlu pilih sama ada nak padam atau nak deactivate.

Klik pada butang biru untuk pastikan pilihan.

Semoga post bagaimana cara padam akaun facebook ini bermanfaat pada anda.

Kongsikan jika berguna!

Kongsikan post ini:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Hustle Drops Sport Boost

Hustle Drop Sport Boost

Post Popular di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat - Jangan Tertipu

Google Ads

Post terbaru di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat – Jangan Tertipu

Advertisement

kad bank skin

Footer

Siapa Bromoden?

laman web Bromoden

Bromoden mengongsikan tips, panduan, rujukan, review yang boleh membantu anda untuk menjalani kehidupan moden, memanfaatkan teknologi semasa untuk menjadikan kehidupan kita lebih senang. Lihat maklumat lanjut tentang Bromoden.

Kategori bacaan

  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media
  • Internet / Online
  • Komputer / Software
  • Review / Cadangan

Menu penting

  • Laman Utama
  • Tentang Bromoden
  • Hubungi
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Terma dan Syarat

- Copyright © 2025 · Bromoden -