• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
logo bromoden

Bromoden

Teknologi mudahkan hidup

  • Laman utama
  • Internet / Online
  • Review / Cadangan
  • Komputer / Software
  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media

Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook

February 29, 2024 by B. L. Joseph | Kategori: Apps / Gajet

Awas Teknik Phishing di Facebook

Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364

Jangan mudah terpedaya dengan teknik phishing di Facebook.

Phishing adalah teknik yang digunakan oleh scammer untuk mendapatkan maklumat peribadi dan sensitif daripada anda dengan cara menyamar menjadi pihak tertentu.

Maklumat ini akan digunakan oleh scammer untuk tujuan mengambil alih akaun, memeras ugut, menyamar menjadi anda dan berbagai macam lagi.

Dalam post ini kita lihat bagaimana teknik phishing di Facebook dan cara untuk kenal pasti phishing tersebut.

Isi Kandungan Sembunyikan
Teknik phishing di facebook
Bagaimana cara kenal pasti teknik phishing di Facebook?
Kongsikan post ini:

Teknik phishing di facebook

Baru-baru ini, notifikasi seperti ini muncul dalam page Facebook:

notifikasi daripada phishing muncul di facebook page

Bila saya klik pada notifikasi tersebut, paparan penuh keluar:

paparan penuh phishing di facebook

Link yang diberikan dalam paparan tersebut membawa pengguna ke paparan seperti berikut:

paparan teknik phishing di facebook warning

Dan seterusnya paparan seperti ini:

paparan phishing meminta maklumat

Ini adalah salah satu teknik phishing yang digunakan oleh scammer di Facebook. Jangan terpedaya dan memberikan maklumat anda dengan mudah.

Bagaimana cara kenal pasti teknik phishing di Facebook?

Berikut beberapa cara untuk anda kenal teknik phishing di Facebook:

1. Meminta maklumat seperti username, password dan maklumat sensitif lain.

paparan phishing meminta maklumat

Facebook tidak akan meminta maklumat sensitif seperti ini. Maklumat berkenaan dengan akaun sudah adalah dalam rekod mereka.

2. url yang digunakan berbeza dan bukan url facebook

Lihat pada ruangan url address page tersebut. Jika ia bukan url facebook itu adalah scam:

url yang digunakan bukan url facebook
url yang digunakan bukan url Facebook.

3. Memberikan ‘ancaman’ agar anda cepat bertindak

Biasanya teknik phishing akan memberikan bentuk ancaman yang mana meminta anda untuk segera membuat tindakan dalam satu masa tertentu.

paparan teknik phishing di facebook warning
Antara bentuk ancaman yang mana menimbulkan ‘sense of urgency’ untuk mangsa.

4. Kesalahan ejaan atau bentuk ayat yang pelik

Selalunya terdapat kesalahan ejaan dan bentuk susunan ayat yang ada juga tidak normal. Lebih-lebih lagi jika dibuat oleh para scammer yang bukan menggunakan bahasa tersebut.

kesalahan ejaan dan susunan ayat yang tidak normal
Kesalahan ejaan dan susunan ayat yang tidak normal.

5. Halaman yang dipaparkan tidak berfungsi sepenuhnya

Selain daripada ruangan yang meminta maklumat daripada anda, apa-apa butang atau pautan lain yang ada dalam halaman tersebut tidak berfungsi.

pautan dan ruangan interaktif lain tidak berfungsi sama sekali
Pautan dan ruangan interaktif lain tidak berfungsi sama sekali.

6. Pemberitahuan / notifikasi datang dengan cara yang tidak relevan

Dalam contoh diatas, pemberitahuan datang dengan cara scammer ‘rekomen’ atau ‘review’ page anda. Kena pastikan dengan teliti.

scammer recommend page
Notifikasi datang bukan dengan cara sepatutnya, tetapi dengan cara scammer ‘recommends’ page.

Yang mana fungsi tersebut adalah untuk page review.

notifikasi sebenarnya adalah review
Notifikasi sebenarnya adalah review.

Dan jika saya klik pada nama ‘Technical Suports Pager’, ia sebenarnya adalah ‘Facebook Page’.

Page Facebook yang digunakan untuk menjalankan kegiatan Phishing
Page Facebook yang digunakan untuk menjalankan kegiatan Phishing. Kemungkinan besar dicuri menggunakan teknik phishing yang sama.

Kemungkinan juga page ini telah dicuri melalui teknik phishing yang sama dan digunakan sebagai ‘kambing hitam’ atau ‘hub’ untuk melakukan kegiatan phishing ini.

Kemungkinan besar page dicuri
Kemungkinan besar page ini dicuri jika dilihat berdasarkan komen yang ada.

Kepada semua pengguna, sila berhati-hati dengan teknik phishing di facebook.

Jika anda terima sebarang notifikasi, warning atau msg yang meragukan, jangan terus percaya. Periksa dengan teliti terlebih dahulu.

Sebarkan info ini terutama untuk golongan pengguna facebook yang berumur atau yang kurang peka terhadap teknik scam yang berleluasa di dunia online.

Kongsikan post ini:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Hustle Drops Sport Boost

Hustle Drop Sport Boost

Post Popular di Bromoden

  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Cara Dapatkan File yang Hilang dalam Pendrive
  • 10 Cara Melajukan Handphone Android yang Lambat
  • Cara Tukar Limit Maybank2u (Transfer / Debit Kad / ATM)
  • Cara Delete WhatsApp yang telah Lama Dihantar
  • Dimana 'Likes' Shopee untuk versi laman web?
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • Bagaimana Cara Padam Page Facebook?
  • Cara Buat Link WhatsApp dengan Nama Sendiri

Google Ads

Post terbaru di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat – Jangan Tertipu

Advertisement

kad bank skin

Footer

Siapa Bromoden?

laman web Bromoden

Bromoden mengongsikan tips, panduan, rujukan, review yang boleh membantu anda untuk menjalani kehidupan moden, memanfaatkan teknologi semasa untuk menjadikan kehidupan kita lebih senang. Lihat maklumat lanjut tentang Bromoden.

Kategori bacaan

  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media
  • Internet / Online
  • Komputer / Software
  • Review / Cadangan

Menu penting

  • Laman Utama
  • Tentang Bromoden
  • Hubungi
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Terma dan Syarat

- Copyright © 2025 · Bromoden -