• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
logo bromoden

Bromoden

Teknologi mudahkan hidup

  • Laman utama
  • Internet / Online
  • Review / Cadangan
  • Komputer / Software
  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media

Apa itu Google Local Guide? Sangat Menguntungkan Manfaatnya

October 7, 2023 by B. L. Joseph | Kategori: Review / Cadangan

Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364

Manfaat menjadi Google Local Guide.

Pernahkah anda mendengar tentang Google Local Guide?

Mungkin tanpa anda ketahui rupanya anda juga salah seorang daripada Google Local Guide.

Post ini menerangkan serba sedikit tentang apa itu Google Local Guide, manfaat dan bagaimana cara untuk menyertainya.

Setelah membaca post ini saya pasti anda akan ambil keputusan untuk menjadi Google Local Guide dan mula serius.

Apa itu Google Local Guide?

apa itu google local guide

Google Local Guide adalah program yang membolehkan anda mengongsikan lokasi yang pernah anda lawati.

Perkongsian tersebut akan membantu orang lain menemui lokasi tersebut.

Anda boleh memberikan review, foto, rating, komen dan sebagainya dalam Google map.

Semuanya ini akan meberikan anda point, badges dan rewards daripada Google.

Selain itu anda juga boleh berhubung dengan Google Local guides lain dan juga menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Google dalam kawasan anda.

Mungkin terdapat banyak lokasi menarik di kawasan anda yang kurang diketahui umum.

Anda boleh menggunakan Google map untuk mengongsikan @ mempromosikan lokasi tersebut dengan memberikan foto, review dan rating.

Anda juga boleh memperbetulkan maklumat yang kurang tepat dalam Google map.

Dengan melakukan perkara ini, anda bukan sahaja membantu orang lain, malah juga diri sendiri.

Google akan memberikan rewards@ganjaran untuk setiap sumbangan anda dalam Google map.

Manfaat menjadi Google Local Guide

Berikut merupakan manfaat utama jika anda menjadi Google Local Guide.

(Yang pastinya rewards/ganjaran daripada Google adalah tarikan utama)

1. Anda boleh kongsikan lokasi menarik yang kurang dikenali dikawasan anda

Anda boleh merekodkan lokasi tersebut dalam google map, memberikan foto, review, rating dan info.

Anda juga boleh edit mana-mana maklumat yang kurang tepat dalam google map.

Segala sumbangan anda dalam Google map ini sangat membantu terutama sekali untuk mereka yang memerlukan.

Contohnya bagi mereka yang sesat jalan, mereka yang kesuntukan masa dan sebagainya. Sangat positif impaknya dalam sesama manusia.

2. Terima ganjaran daripada Google

Manfaat yang menarik jika anda menjadi Google Local Guide adalah anda boleh mengumpul point, badges dan menerima ganjaran daripada Google.

Untuk setiap maklumat yang anda sumbangkan dalam Google Map akan mendapat point. Cukup point level anda akan naik, badges anda akan berubah.

Anda berpeluang untuk menerima ganjaran daripada Google seperti akses kepada fungsi eksklusif, produk Google, jemputan ke acara istimewa, workshop, pengiktirafan dalam Google Maps dan sebagainya.

3. Membentuk komuniti ‘Local Guide’

Selain itu, anda juga boleh berhubung dengan mana-mana Google Local Guide lain.

Anda boleh menyertai atau menganjurkan bersama apa-apa acara berkaitan dengan Google Map di kawasan anda.

Manfaat Ganjaran daripada Google

Manfaat menjadi Google Local Guide seperti yang dinyatakan diatas semuanya baik-baik belaka, tetapi ganjaran yang dijanjikan oleh Google adalah penarik utama.

Antara ganjaran-ganjaran yang diberikan oleh Google pada tahun-tahun sebelumnya adalah:

1.Cloud Storage Percuma: Pada 2016, Google memberikan 1TB secara percuma kepada Google Local Guide yang berjaya mencapai level 4. Cloud storage ini jika dibeli bernilai bulanan sebanyak USD9.99.

2. Google Play Diskaun: Pada 2017, Google memberikan diskaun untuk aplikasi dan game terpilih di Google play kepada Google Local Guide level 4. Ini termasuk 75% diskaun untuk movie dan 50% album muzik.

3. Percuma Google Home Mini: Pada 2018, Google memberikan alat Google Home Mini kepada Google Local Guide yang berjaya mencapai level 7.
google home mini ganjaran kepada Google Local Guide
Google Home Mini merupakan smart speaker yang boleh menjawab soalan, memainkan muzik dan melakukan banyak perkara dengan menggunakan arahan suara.

4. Stokin percuma: Pada 2019, Google memberikan stokin percuma kepada Google Local Guide yang berjaya mencapai level 4.

stokin percuma untuk google local guide
Stokin percuma untuk Google Local Guide Level 4.

5. Pengiktirafan Google Map: Pada 2017, Google mula mengiktiraf Google Local Guide dan menyediakan ruangan khas dalam Google Map untuk Local Guide terpilih.

Salah satu contoh adalah “Granny Online” @EsteponaJen Level 10 Google Local Guide yang mendapat pengiktirafan daripada Google. Umur bukan penghalang.

6. Limited Edition Google Maps Pin: Terbaru 2023 daripada Google Local Guide, edisi khas Google Maps Pin.

google local guide map pin
Google Local Guide Limited Edition Google Maps pin, 2023.

Selain itu terdapat juga ganjaran lain seperti akses awal untuk produk google dan jemputan ke acara khas Google.

Agak menarik ganjaran yang ditawarkan oleh Google.

Jika anda berminat untuk menjadi Google Local Guide, berikut merupakan cara untuk mendaftar dan bagaimana untuk level up dengan cepat.

Cara Daftar dan Level Up Google Local Guide

Pertama sekali, lawati laman utama Google Local Guide: https://maps.google.com/localguides/.

Daftarkan diri anda (mungkin anda juga anda sudah sedia menjadi Local Guide tanpa anda ketahui jika anda sering menggunakan Google Map).

Selepas mendaftar, buka Google Map dalam smartphone anda dan sentuh pada butang ‘Contribute’

butang contribute dalam google map

Kemudian bolehlah mula melakukan aktiviti-aktiviti seperti membuat review, rating, photo, video, edit, add place dan sebagainya.

Setiap aktiviti ini memberikan jumlah point tertentu.

Berikut merupakan jadual terkini pemberian point untuk setiap aktiviti yang kita sumbangkan dalam Google Map.

Jadual pemberian point Google Local Guide:

  • Review – 10 points
  • Review lebih daripada 200 perkataan – 10 point + 10 point bonus
  • Rating – 1 point
  • Photo – 5 point per photo
  • Photo tags – 3 points per tag
  • Video – 7 points per video
  • Answer – 1 point per answer
  • Menjawab Q&A – 3 points response
  • Edit – 5 point per edit
  • Place added – 15 points per place
  • Road added – 15 points per road
  • Fact checked – 1 point per fact

Anda akan level up apabila point terkumpul mencapai jumlah tertentu.

Berikut merupakan jumlah point yang diperlukan untuk mencapai setiap level:

Level Point Google Local Guide:

  • Level 1 – 0 points
  • Level 2 – 15 points
  • Level 3 – 75 points
  • Level 4 – 250 points
  • Level 5 – 500 points
  • Level 6 – 1,500 points
  • Level 7 – 5,000 points
  • Level 8 – 15,000 points
  • Level 9 – 50,000 points
  • Level 10 – 100,000 points

Badge bintang hanya akan diberikan pada Google Local Guide apabila berjaya mencapai level 4.

Badge Google Local Guide
Badge Bintang Google Local Guide Level 4 dan ke atas.

Untuk mengelakkan point anda ditolak / tidak dikira / membuang masa, berikut merupakan syarat atau polisi ringkas yang mungkin perlu diketahui:

Polisi untuk Komuniti Google Local Guide:

  1. Elakkan daripada menulis komen atau review yang tidak jelas seperti “ok, baik, good, sedap, tasty, bad” dan yang sewaktu dengannya.
  2. Review disarankan mestilah jelas dan mudah difahami. Contohnya untuk restoran, nyatakan apakah makanan yang dipesan, apa yang kita sarankan dan apa yang patut dielakkan.
  3. Pastikan foto yang diambil jelas, menampakkan keseluruhan kawasan.
  4. Elakkan mengambil foto yang boleh menjejaskan privasi orang lain, contohnya muka, nombor kereta.
  5. Google Local Guide yang menggunakan foto bukan original akan secara automatiknya dilupuskan keahlian.
  6. Apabila menjawab Q&A, jangan keluar tajuk.
  7. Jangan edit foto atau guna foto palsu.
  8. Jangan menggunakan ayat yang menjatuhkan atau memburuk-burukkan.
  9. Review yang bertujuan untuk menjatuhkan seseorang, personal attack, dendam kesumat adalah dilarang sama sekali.
  10. Edit yang tidak perlu dalam Google Map.

Dan mungkin banyak lagi tambahan lain yang mana kita boleh fikirkan sendiri kesesuaiannya apabila melakukan aktiviti sebagai Google Local Guide.

Tips untuk Level Up Cepat Google Local Guide

Sebagai panduan bersama untuk memperolehi point secara konsisten dan level up cepat, berikut beberapa tips yang anda boleh gunakan:

Berikan sumbangan dalam google map secara konsisten. Cuba untuk sekurang-kurangnya buat 1 aktiviti sehari.

Berikan review yang lengkap dan berguna. Review adalah satu cara untuk level up cepat. Berikan review lebih dari 200 patah perkataan untuk dapatkan 20 point. 10 point untuk review dan 10 point untuk bonus.

Upload foto dan video. Anda boleh perolehi minimum 8 point untuk foto – 5 point untuk foto dan 3 point untuk foto tag. Untuk video pula adalah 7 point.

Jawab Q&A. Bahagian Q&A adalah cara mudah dan cepat untuk dapat point. Masa lapang, masa duduk, masa rehat anda boleh gunakan untuk lakukan bahagian ini.

Semoga terjawab persoalan anda tentang apa itu Google Local Guide.

Level up cepat, sekurang-kurangnya Level 4 agar anda tidak terlepas apa-apa ganjaran yang diberikan oleh Google.

Kongsikan post ini:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Hustle Drops Sport Boost

Hustle Drop Sport Boost

Post Popular di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat - Jangan Tertipu

Google Ads

Post terbaru di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat – Jangan Tertipu

Advertisement

kad bank skin

Footer

Siapa Bromoden?

laman web Bromoden

Bromoden mengongsikan tips, panduan, rujukan, review yang boleh membantu anda untuk menjalani kehidupan moden, memanfaatkan teknologi semasa untuk menjadikan kehidupan kita lebih senang. Lihat maklumat lanjut tentang Bromoden.

Kategori bacaan

  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media
  • Internet / Online
  • Komputer / Software
  • Review / Cadangan

Menu penting

  • Laman Utama
  • Tentang Bromoden
  • Hubungi
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Terma dan Syarat

- Copyright © 2025 · Bromoden -