• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
logo bromoden

Bromoden

Teknologi mudahkan hidup

  • Laman utama
  • Internet / Online
  • Review / Cadangan
  • Komputer / Software
  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media

Cara Tukar Limit Maybank2u (Transfer / Debit Kad / ATM)

May 16, 2023 by B. L. Joseph | Kategori: Internet / Online

Cara Tukar Limit Maybank2u

Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364

Untuk naikkan limit pengeluaran atm, transfer dan penggunaan debit kad Maybank.

Berikut adalah setting asal limit untuk Maybank:

  • Pengeluaran dari atm – RM1,000 sehari
  • Penggunaan Visa Debit Kad – RM1,000 sehari
  • Transfer duit (3rd party transfer) – RM3,000 sehari

(jika anda tak pernah tukar sebelum ini)

Kadang-kadang limit ini menyusahkan disaat kita mahu melakukan transaksi lebih dari yang ditetapkan.

Dalam post ini kita lihat bagaimana cara untuk naikkan limit tersebut agar bersesuaian dengan penggunaan anda.

Pecahan topik cara tukar limit Maybank2u

Bahagian dalam post ini adalah seperti berikut:

  1. Cara nak tukar limit debit kad maybank
  2. Cara nak tukar limit transfer maybank2u
  3. Bagaimana jika saya tiada akaun Maybank2u?
  4. Cara tukar limit pengeluaran Maybank ATM

Boleh lihat mana yang berkenaan untuk anda.

Jika anda lebih menyukai panduan versi video, boleh lihat panduan video boleh lihat ini:

Video panduan diatas disediakan secara rasmi oleh pihak Maybank sendiri.

Teruskan membaca untuk panduan lebih terperinci dan lanjut:

1 cara nak tukar limit debit kad maybank

Pertama sekali kita login masuk dalam akaun Maybank2u versi laman web

Anda boleh gunakan url ini: https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do

Atau search di google untuk ‘Maybank2u‘

login masuk maybank2u
Login masuk Maybank2u.

Berikut contoh paparan dalam maybank2u anda:

paparan dalam akaun maybank2u
Paparan akaun Maybank2u.

Klik pada simbol profile yang terletak di penjuru atas kanan:

simbol profile akaun maybank2u
Simbol profile untuk akses menu setting.

Pilihan menu akan keluar:

pilihan menu dalam maybank2u
Pilihan menu Maybank2u.

Seterusnya klik pada menu ‘Setting‘. Paparan seperti berikut akan muncul:

bahagian setting maybank2u
Paparan dalam bahagian setting Maybank2u.

Dalam paparan seterusnya klik pada ikon drop down:

ikon menu dropdown
Ikon dropdown dalam setting.

Ini akan memperlihatkan pilihan seperti berikut:

pilihan bahagian setting
Pilihan dropdown menu dalam Setting.

Klik pada pilihan ‘CARDS‘. Paparan seperti berikut akan muncul.

paparan setting cards maybank2u
Paparan setting cards Maybank2u.

Untuk ubah limit penggunaan kad debit, klik pada simbol pensel/pen:

simbol pensel dalam maybank2u
Simbol pensel untuk ubah amaun.

Menu dropdown akan muncul disebelah simbol pensel tersebut.

menu dropdown sebelah pensel
Menu dropdown sebelah ikon pensel.

Klik menu tersebut dan pilih limit yang anda mahu.

pilihan limit penggunaan debit kad

Kemudian klik pada butang SAVE.

Seterusnya anda perlu untuk request nombor TAC.

Nombor TAC akan dikirimkan ke nombor handphone yang anda daftarkan dengan maybank2u.

Masukkan no TAC dan anda telah berjaya untuk naikkan limit penggunaan Kad debit.

set limit debit kad berjaya
Set limit penggunaan debit kad berjaya dilakukan.

Nota: Penggunaan kad debit adalah pembayaran menggunakan kad, tidak termasuk pengeluaran duit dari atm

2 Cara nak tukar limit transfer maybank2u

Login masuk dalam akaun Maybank2u versi laman web anda

login masuk maybank2u
Login masuk Maybank2u.

Dalam maybank2u, klik pada simbol profile yang terletak di penjuru atas kanan:

simbol profile akaun maybank2u
Simbol profile untuk akses menu setting.

Ini akan mempamerkan pilihan menu seperti berikut:

pilihan menu dalam maybank2u
Pilihan menu Maybank2u.

Klik pada menu ‘Setting‘ unuk pergi ke bahagian setting:

bahagian setting maybank2u
Paparan dalam bahagian setting Maybank2u.

Langkah seterusnya, klik pada ikon drop down:

ikon menu dropdown
Ikon dropdown dalam setting.

Ini akan memperlihatkan pilihan seperti berikut:

pilihan bahagian setting
Pilihan dropdown menu dalam Setting.

Dalam pilihan yang diberikan, pilih ‘PAY & TRANSFER‘

Paparan seperti berikut akan keluar:

bahagian setting pay dan transfer
Bahagian setting pay & transfer.

Seterusnya klik pada menu dropdown yang terletak sebaris dengan ‘Pay Limit’:

menu dropdown setting pay dan transfer
Menu dropdown ‘setting pay & transfer’.

Dalam senarai pilihan yang diberikan pilih ‘Transfer Limit‘:

menu transfer limit
Pilih pilihan ‘transfer limit’.

Paparan untuk ubah transfer limit akan muncul:

paparan ubah transfer limit

Dibahagian ini anda boleh ubah transfer limit untuk beberapa jenis transfer seperti berikut:

paparan transfer type
Jenis transfer limit yang anda boleh ubah.

Untuk ubah transfer limit bagi jenis transaksi yang berkenaan, anda hanya perlu klik pada simbol ‘pensel/pen‘.

Jika anda nak ubah transfer limit lebih daripada satu jenis, jangan lakukan serentak.

Lakukan satu persatu.

Jangan lupa klik pada butang ‘SAVE CHANGES‘ selepas membuat perubahan.

Untuk panduan berikut merupakan definisi bagi setiap jenis transfer mungkin sering kita lakukan:

  • 3rd party transfer – Pemindahan ke akaun Maybank milik orang lain.
  • Interbank GIRO transfer – Pemindahan ke akaun bukan Maybank (milik sendiri atau orang lain) bukan serta merta.
  • Instant Interbank Transfer – Pemindahan ke akaun bukan Maybank (milik sendiri atau orang lain) dengan serta merta.

3 Bagaimana jika saya tiada akaun Maybank2u?

Jika anda tiada / belum buat akaun Maybank2u anda boleh menaikkan limit melalui cara berikut:

  • Telefon Customer Care
  • Melalui mesin atm
  • Lawati cawangan terdekat Maybank

Paling cepat sekali adalah dengan membuat panggilan ke Maybank Customer Care.

Nombor maybank customer care adalah seperti berikut:

  • 1-300 88 6688 (Malaysia)
  • +603-7844 3696 (Overseas)

(ada tertera di belakang kad atm anda)

Semasa membuat panggilan, anda mungkin memerlukan beberapa maklumat untuk tujuan pengesahan seperti:

  • Nombor debit card anda
  • Nama anda seperti dalam IC
  • Nombor IC anda
  • Nombor akaun maybank
  • No telefon yang didaftarkan dengan maybank

4 Cara tukar limit pengeluaran Maybank ATM

Untuk tukar had pengeluaran di ATM Maybank pula, mau tak mau kena pergi ke mesin ATM Maybank terdekat.

(melalui mesin atm juga anda boleh menukar had transfer, penggunaan kad dan lain-lain)

Urutan langkah untuk tukar had pengeluaran wang dari atm, di mesin atm seperti berikut:

  • Pilih Bahasa M’sia.
  • Masukkan nombor pin anda.
  • Pilih lain-lain urusniaga.
  • Pilih penukaran had/bahasa/….
  • Pilih had pengeluaran.
  • Pilih had pengeluaran yang anda mahu.
  • Masukkan no kod pengenalan anda untuk pengesahan.
  • Selesai.

Dalam paparan ‘Had Pengeluaran’ terdapat juga pilihan untuk menetapkan limit lain seperti had interbank, had pindaan, pembelian (penggunaan kad).

Anda boleh lihat video ringkas cara tukar limit pengeluaran duit di mesin atm ini:

Kongsikan post ini jika bermanfaat pada anda ya!

Jangan lupa follow Bromoden di Facebook juga.

Kongsikan post ini:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Hustle Drops Sport Boost

Hustle Drop Sport Boost

Post Popular di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat - Jangan Tertipu

Google Ads

Post terbaru di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat – Jangan Tertipu

Advertisement

kad bank skin

Footer

Siapa Bromoden?

laman web Bromoden

Bromoden mengongsikan tips, panduan, rujukan, review yang boleh membantu anda untuk menjalani kehidupan moden, memanfaatkan teknologi semasa untuk menjadikan kehidupan kita lebih senang. Lihat maklumat lanjut tentang Bromoden.

Kategori bacaan

  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media
  • Internet / Online
  • Komputer / Software
  • Review / Cadangan

Menu penting

  • Laman Utama
  • Tentang Bromoden
  • Hubungi
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Terma dan Syarat

- Copyright © 2025 · Bromoden -