• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
logo bromoden

Bromoden

Teknologi mudahkan hidup

  • Laman utama
  • Internet / Online
  • Review / Cadangan
  • Komputer / Software
  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media

29 Kelebihan Kad Bigpay – Berbaloi atau tidak?

June 6, 2023 by B. L. Joseph | Kategori: Review / Cadangan

kelebihan kad bigpay

Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364

Sebab kenapa anda perlu miliki Kad Bigpay ini.

Setakat tahun lalu, sudah lebih 2 juta orang menggunakan kad bigpay dan dijangka akan melebihi 10 juta pengguna pada tahun ini.

Jumlah ini bukan sahaja dari Malaysia, malah juga negara lain seperti Singapura, Filipina dan juga UK.

Bagi yang pertama kali mahu memohon dan ingin mengetahui lebih lanjut kelebihan kad Bigpay, post ini khas untuk anda.

Kami sediakan selengkapnya segala kelebihan yang ada pada kad ini.

Mungkin dapat membantu anda untuk buat keputusan mahu mengambil kad Bigpay atau tidak.

Jika mahu mengetahui lebih lanjut tentang Bigpay, boleh baca:Apa itu Bigpay?

Ringkasan kelebihan kad bigpay:

Isi Kandungan Sembunyikan
1 Pakej 3 dalam 1: Kad, eWallet dan Apps
2 Proses memohon yang amat mudah
3 Kad diberikan percuma
4 RM5 percuma diberikan pada ahli baru
5 Kad BigPay boleh guna hampir semua kedai
6 Kad BigPay boleh guna diseluruh dunia
7 Tidak perlu simpan banyak Cash
8 Transaksi online jadi lebih mudah
9 Dilengkapi dengan fungsi Wave/contactless
10 Tidak perlu risau kad cicir/hilang
11 Boleh bayar bill elektrik, air dan lain-lain
12 Boleh kongsi bil dengan kawan
13 Boleh hantar dan terima wang dengan mudah
14 Tiada cas dikenakan untuk guna kad
15 Boleh keluarkan duit dari mana-mana atm
16 Boleh hantar wang ke luar negara
17 Kadar pertukaran matawang yang terendah
18 Boleh keluarkan semula wang ke dalam akaun bank
19 Dapat BIG Points untuk setiap transaksi
20 Dapat Diskaun untuk AirAsia
21 Boleh track rekod perbelanjaan
22 Boleh muat naik gambar bil
23 Kad tidak bersambung dengan akaun bank
24 Boleh beli Lifestyle insurance
25 Banyak cara pilihan untuk top-up
26 Boleh top-up telefon prepaid
27 Boleh buat virtual Kad
28 Boleh apply ‘personal loan’
29 Fungsi ‘Rewind’ untuk cash cepat
Mungkin sedikit kekurangan BigPay
Cara daftar & Memohon BigPay
Kongsikan post ini:

1 Pakej 3 dalam 1: Kad, eWallet dan Apps

BigPay adalah 3 dalam 1.

Bila anda memohon Kad BigPay, akan dapat Kadnya, eWallet dan juga aplikasi.

bigpay - kad, ewallet dan aplikasi
Apply BigPay anda dapat kad, eWallet & Aplikasinya.

Dapat kad prepaid mastercard, yang mana fungsinya seperti mana-mana kad mastercard biasa.

eWallet untuk anda terima dan simpan duit untuk digunakan bila masa diperlukan.

Dan aplikasi untuk anda buat transaksi bil, hantar duit dan menguruskan kad anda.

2 Proses memohon yang amat mudah

Untuk memohon hanya perlu download apps BigPay, Daftar dan tunggu kad anda sampai.

Untuk proses pendaftaran hanya perlu pastikan Kad pengenalan ada berdekatan.

(Kita kena tangkap gambar kad pengenalan dan muat naik)

Cara memohon saya sertakan pada bahagian akhir post ini.

3 Kad diberikan percuma

Tiada bayaran dikenakan untuk dapatkan kad BigPay.

Tiada yuran tahunan…

Malah penghantaran kad juga adalah percuma.

Masa proses pendaftaran itu, BigPay akan minta kita masukkan RM20 dalam akaun.

Yang itu bukan bayaran pendaftaran.

Ia hanya sebagai proses verifikasi untuk memastikan anda benar-benar mahu menggunakan kad.

Duit tersebut kita boleh gunakan kemudian setelah kad sampai di tangan kita nanti.

4 RM5 percuma diberikan pada ahli baru

Untuk pemohon baru (pertama kali), RM5 akan diberikan jika anda guna kod referral BigPay.

Boleh gunakan kod referral saya ini:

Semasa proses pendaftaran, BigPay akan minta kod referral.

Masukkan kod diatas untuk dapatkan RM5.

Bila terima kad nanti, ada RM25 dalam akaun BigPay anda.

(ditambah dengan RM20 yang anda deposit untuk verifikasi).

5 Kad BigPay boleh guna hampir semua kedai

Hampir semua kedai dan restoran yang saya lawati terima kad.

Asal terima kad sahaja, kad BigPay pasti boleh guna.

Mungkin gerai-gerai kecil tu tak adalah…

Tapi jika nak bayar minyak, beli keperluan dapur, makan KFC pasti boleh guna.

Asal kita lihat ada letak gambar seperti dekat bawa ini pasti boleh guna:

Kad bigpay diterima di tempat yang meneriam vias dan mastercard
Kad BigPay boleh digunakan jika terdapat lambang ini.

6 Kad BigPay boleh guna diseluruh dunia

Nak pergi melancong?

Simpan cash anda dalam kad BigPay.

Mana-mana tempat yang terima mastercard, pasti terima kad BigPay.

Kelebihan bigpay boleh guna dimana-mana

BigPay jamin kadnya diterima diseluruh dunia kecuali di Korea Utara dan Israel.

Tidak perlulah anda susah payah nak tukar cash dekat money changer..

7 Tidak perlu simpan banyak Cash

Orang kata kita menuju ke arah gaya hidup cashless.

Lagi satu kelebihan BigPay ini, kita tidak perlu simpan banyak cash dalam tangan.

Sejak memiliki Kad BigPay, cash dekat dompet seperti tak pernah lebih RM100.

Malah seringkali hanya keping-keping berwarna biru.

Bayar guna kad. Tak perlu risau tak ada duit kecil atau syiling.

8 Transaksi online jadi lebih mudah

Terutama sekali transaksi untuk antarabangsa.

Sejak dapat Kad BigPay, saya gunakan ia untuk semua transaksi online – Bayar servis, beli barang, subscription dan sebagainya.

Mungkin anda nak beli barang yang tak ada jual dekat Malaysia.

Anda boleh guna Kad BigPay untuk shopping dekat Amazon, aliexpress dan sebagainya.

Kalau kita gunakan kad bank seperti Kad Debit Maybank, kena aktifkan dahulu baru boleh guna.

Banyak prosedur.

9 Dilengkapi dengan fungsi Wave/contactless

contactless wave payment

Kad BigPay dilengkapi dengan fungsi Wave atau contactless.

Selalu bila nak bayar cashier akan tanya: wave atau pin?

Kita utamakan wave, kurangkan persentuhan, baik untuk kesihatan dan keselamatan.

Untuk contactless payment, limit adalah RM250 sehari.

Limit ini memang sudah disetkan sedia oleh sistem mastercard, bukan oleh bigpay.

Lebih dari itu kena gunakan pin.

10 Tidak perlu risau kad cicir/hilang

Kita boleh bekukan (freeze) kad dengan mudah melalui aplikasi BigPay dalam handphone.

freeze kad bigpay
Boleh bekukan kad serta merta dari Aplikasi.

Kelebihan bigpay ini saya kira amat penting dari segi keselamatan.

(dan mengurangkan kerugian)

Jika kad anda tiba-tiba hilang atau dicuri, boleh terus buka aplikasi BigPay dan freeze.

Buat report kehilangan pun boleh lakukan dalam aplikasi.

Tidak perluh susah payah nak buat panggilan, tekan 1 untuk bahasa, tunggu giliran dan sebagainya.

11 Boleh bayar bill elektrik, air dan lain-lain

Dalam aplikasi BigPay kita boleh buat bayaran untuk bil-bil.

Tiada cas tambahan dikenakan jika kita bayar bill melalui bigpay.

Setakat ini dalam senarainya saya lihat boleh bayar bil elektrik, air, astro, unifi, celcom, courts mammoth dan banyak lagi.

Anda boleh lihat senarai terkini sini: Bill Payment List BigPay.

Kita boleh juga set reminder untuk setiap bil-bil agar tak lupa bayar setiap bulan.

12 Boleh kongsi bil dengan kawan

Sekurang-kurangnya tidaklah wujud suasana janggal ketika nak bayar bil selepas makan bersama.

Nak kongsi bayar, tapi seorang keluar duit 50, satu lagi 10, 50…

Baik seorang bayarkan dahulu, kemudian bil boleh pecahkan rata sesama ahli menggunakan BigPay.

Dengan syarat, semuanya mesti guna BigPay juga ya.

Fungsi ini juga berguna jika anda mempunyai housemate untuk kongsi bayar elektrik, air, internet dan sebagainya.

13 Boleh hantar dan terima wang dengan mudah

Kita boleh hantar dan terima wang dengan mudah.

Lagi pantas dan mudah daripada prosedur scan QR code.

Dengan syarat, penghantar dan penerima mestilah pengguna BigPay….

14 Tiada cas dikenakan untuk guna kad

Tiada cas tersembunyi, cas tambahan untuk segala transaksi menggunakan kad.

Anda beli barang guna kad, hanya bayar harga barang tersebut.

Tiada cas 50 sen, 1% dan sebagainya.

Kecualilah anda gunakan kad untuk keluarkan duit dari mesin ATM.

15 Boleh keluarkan duit dari mana-mana atm

kad bigpay boleh keluarkan duit dari mana-mana mesin atm

Boleh keluarkan duit dari atm dekat Singapore, Australia, Vietnam dan sebagainya.

Dengan syarat mesin ATM tersebut menerima kad mastercard.

Mungkin anda tengah melancong dan tiba-tiba perlukan cash, boleh gunakan kad BigPay.

Untuk pengeluaran dari mesin atm, cas dikenakan RM6 untuk dalam Malaysia dan RM10 luar dari Malaysia.

(Mungkin berubah mengikut polisi semasa BigPay)

16 Boleh hantar wang ke luar negara

Mungkin adik, abang atau anak kita tengah belajar di luar negara.

Kita boleh kirimkan duit dengan mudah guna BigPay.

Buka Aplikasi BigPay, tekan sikit, masuk info sikit, dah selesai.

Tak perlu susah payah kesana kemari untuk hantar wang.

Jika anda berkerja di luar negara, boleh hantar duit masuk Malaysia guna cara ini.

17 Kadar pertukaran matawang yang terendah

Yang ini saya tak berapa pasti, sebab tak pernah ambil kira sangat.

Tapi BigPay berani cakap kadar mereka rendah, so pasti benar.

Yang saya pasti, jika nak hantar wang keluar untuk kali pertama adalah percuma.

18 Boleh keluarkan semula wang ke dalam akaun bank

Kita boleh keluarkan semula duit daripada BigPay ke akaun bank.

Saya dah cuba.

Casnya 50 sen untuk bank Malaysia.

Biasanya proses tak sampai sehari, pagi keluarkan petang sedikit dah dapat.

Tapi kalau petang keluar, mungkin besok baru dapat.

19 Dapat BIG Points untuk setiap transaksi

dapat bigpoint dari bigpay

Untuk setiap transaksi RM30 melalui BigPay, kita akan dapat 1 BIG Point.

Bayar bil, beli barang semuanya boleh dapat BIG Points.

Kecuali untuk jika kita terima atau hantar duit. Yang ini tak dapat.

Apa guna BIG Point ini?

Kita boleh gunakannya untuk:

  • Beli tiket kapal terbang AirAsia
  • Tinggal di hotel Tune, Rocketmiles, Kaligo…
  • Guna dekat Santan Cafe, T&co Cafe…

20 Dapat Diskaun untuk AirAsia

diskaun tiket kapal airasia

Jika kita guna Kad BigPay untuk beli tiket kapal, kita boleh dapat diskaun sehingga RM32.

Begitu juga jika kita gunakannya untuk prebook luggage dan meals dalam kapal.

Dapat diskaun.

21 Boleh track rekod perbelanjaan

analisis perbelanjaan bigpay
Rekod analisis perbelanjaan di BigPay.

Yang ini bagi saya amat memudahkan.

Saya tak perlu lagi gunakan aplikasi lain untuk rekod perbelanjaan saya.

BigPay akan rekod secara automatik. Senang nak tengok duit hilang pergi mana.

Siap bagi carta pai dan boleh export keluar analisis.

Boleh kita gunakan untuk mengawal perbelanjaan bulanan.

Kita boleh tahu dah berapa banyak kita guna dekat online shopping dan sebagainya.

22 Boleh muat naik gambar bil

bigpay boleh upload bill
Boleh muat naik gambar bill anda.

Lagi satu saya nak mention kelebihan bigpay ini.

Kita boleh tangkap gambar bil makan, teksi, parking dan sebagainya.

Kemudian upload masuk dalam aplikasi.

Tak perlulah dompet kita penuh dengan kertas bil. Bila perlukan kita boleh rujuk semula dengan mudah.

23 Kad tidak bersambung dengan akaun bank

Kita top up BigPay secara manual.

Ia tidak disambungkan dengan mana-mana akaun bank kita.

Jika kejadian buruk berlaku contohnya kad dicuri dan kita tak sempat freeze kan kad.

Dia hanya boleh gunakan duit yang ada dalam kad tersebut.

Bank kita masih selamat.

Dan jika dia nak gunakan kad tersebut, paling banyak si pencuri boleh belanjakan hanya RM250.

Kerana RM250 adalah limit untuk pembayaran contactless.

Lebih dari itu kena gunakan pin.

24 Boleh beli Lifestyle insurance

Kelebihan bigpay ini mungkin baru sahaja diperkenalkan.

Daripada Aplikasi BigPay kita boleh beli insuran lifestyle dengan bayaran serendah RM30 setahun.

Apakah yang termasuk dalam insuran ini?

  • Kematian atau kecacatan seumur hidup – RM10,000
  • Perlindungan transaksi online – RM300
  • Perlindungan peranti pintar – RM300
  • Kehilangan alat sukan – RM500
  • Masuk hospital – RM150 sehari

Agar berbaloi bukan untuk RM30 setahun?

Jika kita ambil yang premium RM 40 setahun lagi besar coveragenya.

Mungkin ada banyak lagi kelebihan lain yang terlepas pandang atau akan muncul pada masa akan datang.

Saya akan cuba untuk sentiasa update dekat sini.

25 Banyak cara pilihan untuk top-up

Boleh top-up guna pelbagai cara pilihan, iaitu:

  • Bank transfer
  • Kad kredit
  • Kad debit
  • DuitNow
  • Secara tunai/cash melalui 7-eleven

26 Boleh top-up telefon prepaid

Dalam bahagian bil terdapat pilihan untuk anda reload nombor prepaid.

Boleh reload untuk nombor sendiri atau mana-mana nombor lain.

27 Boleh buat virtual Kad

Bila anda apply kad Bigpay, dalam masa yang sama anda juga boleh buat satu virtual kad.

Virtual kad ini sama seperti kad nyata, lengkap dengan nombor kad, expire date dan juga cvv.

Bezanya, ia tidak boleh digunakan secara fizikal contohnya fungsi wave.

Kenapa nak buat virtual kad?

Pertama, ketika sedang menunggu kad fizikal sampai, anda boleh gunakan virtual kad ini terus untuk transaksi online.

Kedua, agar memudahkan anda nak lihat perbelanjaan secara online dan juga offline. Virtual kad untuk perbelanjaan online, fizikal kad untuk perbelanjaan dekat kedai dan sebagainya.

28 Boleh apply ‘personal loan’

Jika anda nak guna duit cepat, mungkin boleh apply loan daripada Bigpay.

terdapat 3 pilihan tempoh bayaran balik: 3, 6 dan 9 bulan.

Proses permohonan sangat mudah, tiada document diminta, hanya melalui apps bigpay. Kelulusan juga cepat.

29 Fungsi ‘Rewind’ untuk cash cepat

‘Rewind’ membolehkan anda mendapatkan cash semula dalam bigpay daripada mana-mana rekod transaksi terdahulu.

Contohnya anda baru sahaja belanjakan RM200.

Anda boleh gunakan fungsi rewind ini untuk dapatkan balik RM200 tersebut.

Jumlah ini perlu dijelaskan semula dalam tempoh 3 bulan secara ansuran.

Fungsi ini belum lagi diperkenalkan secara menyeluruh, hanya secara terpilih sahaja. Akan dibuka untuk umum pada masa hadapan.

Mungkin sedikit kekurangan BigPay

Jujur saya nyatakan, saya sangat berpuas hati memiliki Kad BigPay setakat ini.

Tapi tak adil juga jika kita cakap hanya kelebihan bigpay tapi tak sentuh tentang kekurangannya.

Antara kekurangannya adalah seperti berikut:

1. Maksimum akaun hanya RM20,000

Dalam satu-satu masa, maksimum kad hanya boleh simpan RM20,000.

Sudah cukup banyak, melainkan anda nak guna beli barang harga atas RM20k.

2. Maksimum pengeluaran ATM 10 kali sehari

Kalau kita nak keluarkan duit, kena maksimakan pengeluaran dalam satu-satu masa.

Bergantung pada bajet perbelanjaan kita.

3. Maksimum pengeluaran ATM RM10,000 harian

Yang ini mungkin agak menyusahkan sedikit jika kita sedang melancong dan mahu gunakan banyak duit.

RM10,000 dekat negara barat baru sekitar 3k…

4. Tidak berfungsi di North Korea & Israel

Kalau North Korea tu mungkin tak adalah kalangan kita nak datang sana.

Silap-silap tak dapat balik langsung.

Tapi mungkin ada dikalangan kita yang nak pergi ke Israel.

Tak bolehlah guna Kad BigPay dekat sana. Kena guna cara lain.

5. Terdapat transaksi yang tidak menerima prepaid mastercard

Saya pernah jumpa transaksi ini sekali.

Cuba untuk bayar guna bigpay, tapi tak lepas.

Bukan dia tak terima BigPay, tapi dia tak terima prepaid mastercard.

Dia nak mastercard credit card juga.

Jika kita jumpa seperti ini, caranya mudah sahaja.

Buka akaun paypal (jika belum ada), kemudian add Kad BigPay dalam paypal.

Lepas tu lakukan semula transaksi menggunakan paypal tadi.

Pasti lepas punya.

Setelah baca kelebihan Bigpay ini, apakah pendapat anda?

Jika anda berminat dengan Kad BigPay jangan tunggu lama, apply sekarang.

Cara daftar & Memohon BigPay

Seperti yang saya nyatakan pendaftaran mudah dan ringkas.

Syarat memohon pula?

  • Warganegara atau penduduk tetap Malayisa.
  • Umur 18 tahun dan ke atas.

Jangan buang masa atau fikir panjang.

Pertama, muat turun aplikasi BigPay:

  • BigPay untuk Android
  • BigPay untuk iPhone

Teruskan untuk install dan ikuti arahan yang diberikannya.

Antara butir-butir yang diminta termasuklah:

  • Nama seperti dalam IC/MyKad
  • Alamat email
  • Tarikh lahir
  • Jantina
  • Warganegara
  • Nombor IC/MyKad (masukkan nombor sahaja)
  • Pekerjaan (Pilih daripada senarai yang disediakan)
  • Industri pekerjaan
  • Gambar IC anda
  • Gambar Selfie anda
  • Video anda dengan suara
  • Alamat untuk hantar kad BigPay
  • Referral Code

Untuk Referral Code, gunakan kod berikut untuk dapatkan RM5 percuma:

Selepas itu anda akan diminta juga untuk top-up RM20 untuk tujuan verifikasi.

Jangan bimbang, RM20 ini tetap akan masuk dalam akaun BigPay anda dan boleh digunakan kemudian.

Cuma diperlukan untuk memastikan kita benar-benar mahu gunakan kad ini.

Habis proses ini, anda akan ada RM25 dalam akaun BigPay.

Selanjutnya, hanya perlu tunggu Kad BigPay anda sampai, aktifkan dan boleh mula guna kad tersebut.

Secara peribadi, pada pendapat saya Kad BigPay ini sangat bermanfaat untuk cara hidup kita pada masa kini.

Terdapat banyak kelebihan bigpay yang nyata daripada kekurangannya.

Cadangan saya, jangan fikir panjang.

Apply kad.

Kongsikan post ini:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Reader Interactions

Comments

  1. qyllz says

    July 25, 2021 at 9:21 PM

    thanks…sangat membantu

    Reply
  2. Lie says

    July 26, 2021 at 6:12 PM

    Ada yuran tahunan tak?

    Reply
    • B. L. Joseph says

      July 26, 2021 at 6:42 PM

      Tiada yuran tahunan. BigPay kata annual fee waived unconditionally. Boleh lihat sini: Fee & charges BigPay

      Reply
  3. Saiful says

    August 17, 2021 at 9:37 PM

    Best klo bleh gunakan dkt t&go

    Reply
  4. Abdul razak says

    September 5, 2021 at 12:24 AM

    Nak tnya, limit nak bayar guna kad ni berapa ya? Contoh lah kita pergi shopping n byar guna kad, brapa limit sehari pengeluaran pembayaran melalui kad? Tq

    Reply
    • B. L. Joseph says

      September 6, 2021 at 12:11 AM

      Jika kita gunakan wave limit RM250, yang ini memang suda ditetapkan oleh sistem wave. Kalau kita gunakan pin limit adalah RM10,000 sehari.

      Reply
  5. Asyraf says

    January 1, 2022 at 10:51 PM

    Apa beza big pay dgn paypal ye?

    Reply
  6. Nabila says

    October 25, 2022 at 2:07 PM

    kalau dalam kita pinjam BigPay ni..kalau kita nak buat loan apapa loan di bank ada effect tak?

    Reply
  7. Nabila says

    October 25, 2022 at 2:28 PM

    kalau dah apply BigPay ni, bila dalam masa yg sama nak apply loan bank ada effect tak?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Hustle Drops Sport Boost

Hustle Drop Sport Boost

Post Popular di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat - Jangan Tertipu

Google Ads

Post terbaru di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat – Jangan Tertipu

Advertisement

kad bank skin

Footer

Siapa Bromoden?

laman web Bromoden

Bromoden mengongsikan tips, panduan, rujukan, review yang boleh membantu anda untuk menjalani kehidupan moden, memanfaatkan teknologi semasa untuk menjadikan kehidupan kita lebih senang. Lihat maklumat lanjut tentang Bromoden.

Kategori bacaan

  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media
  • Internet / Online
  • Komputer / Software
  • Review / Cadangan

Menu penting

  • Laman Utama
  • Tentang Bromoden
  • Hubungi
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Terma dan Syarat

- Copyright © 2025 · Bromoden -