• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
logo bromoden

Bromoden

Teknologi mudahkan hidup

  • Laman utama
  • Internet / Online
  • Review / Cadangan
  • Komputer / Software
  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media

Cara Semakan Wang yang Tidak Dituntut secara Online

May 29, 2023 by B. L. Joseph | Kategori: Internet / Online

cara semak wang tidak dituntut dan tuntut semula secara online

Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364

Cara periksa dan tuntut semula wang yang tidak dituntut secara online.

Bayangkan anda sebenarnya mempunyai wang diluar sana yang anda sendiri pun tak tahu kewujudannya.

Mungkin datang daripada baki akaun bank sudah lama anda tak gunakan, claim insuran, akaun bisnes yang dah lama tutup dan sebagainya.

Isi Kandungan Sembunyikan
Apa itu wang yang tidak dituntut?
Cara periksa & tuntut semula wang jika wujud
1 Daftar akaun di portal eGUMIS
2 Cari rekod menggunakan nombor IC
3 Lengkapkan butir-butir penerima
4 Muatnaik dokumen berkaitan
5 Tunggu bayaran masuk
Kongsikan post ini:

Dalam post ini kami ceritakan bagaimana nak periksa jika anda mempunyai wang yang tidak dituntut.

Dan jika ada, bagaimana nak tuntut semula wang tersebut.

Semuanya secara online sahaja.

Sebelum itu, kita lihat secara ringkas dahulu:

(atau kalau nak cepat, skip terus ke bahagian cara periksa dan claim, senang cerita)

Apa itu wang yang tidak dituntut?

Menurut definisi daripada kerajaan Malaysia, wang tidak dituntut datangnya dari 3 kategori iaitu:

1 Wang yang perlu dibayar secara sah kepada pemilik tetapi masih belum dibayar.

Contohnya seperti:

  • Gaji, upah, bonus dan wang lain untuk pekerja / orang berkerja.
  • Keuntungan yang telah disahkan dan perlu dibahagikan.
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan.
  • draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi serupa dan telah expired.
  • Simpanan tetap (fix deposit) yang telah matang.
  • Cagaran atau deposit.
  • Penghutang / peminjam yang terlebih bayar.

2 Wang yang disimpan dalam satu-satu akaun tetapi tidak dikendalikan / dibiarkan oleh empunya dalam masa melebihi 7 tahun.

Contohnya seperti:

  • Akaun simpanan (Saving account)
  • Akaun semasa (Current account)
  • Simpanan tetap (fix deposit)

3 Wang yang telah dimasukkan dalam sesuatu akaun dagangan (trade account) tetapi tidak dikendalikan atau digunakan dalam apa-apa urusniaga dalam tempoh masa 2 tahun.

Contohnya seperti:

  • Akaun pemiutang dagangan
  • Akaun penghutang dagangan dengan berbaki kredit (terlebih bayar)

Cara periksa & tuntut semula wang jika wujud

Diringkaskan cara untuk periksa dan tuntut semula wang adalah seperti berikut:

  1. Daftar akaun di portal eGUMIS
  2. Cari rekod menggunakan nombor IC
  3. Lengkapkan butir-butir penerima
  4. Muatnaik dokumen berkaitan
  5. Tunggu bayaran masuk

Teruskan membaca untuk maklumat lengkap setiap langkah diatas.

Nota: Selain diri anda sendiri, anda boleh periksa rekod untuk orang lain. Hanya perlukan nombor IC.

1 Daftar akaun di portal eGUMIS

Pertama sekali, lawati halaman portal eGUMIS dan daftar akaun.

eGUMIS adalah portal dekat laman Jabatan Akauntan Negara yang diwujudkan untuk tujuan ini.

Pada halaman utama, klik pada pautan ‘pendaftaran’ yang terletak di bahagian atas, penjuru kanan.

Kemudian lengkapkan butiran yang diperlukan.

Pendaftaran egumis untuk periksa kewujudan wany yang tidak dituntut
Pendaftaran untuk pengguna baru di portal eGUMIS.

Lepas login masuk, anda kena lengkapkan butiran lanjut dalam bahagian profile.

2 Cari rekod menggunakan nombor IC

Seterusnya anda akan disapa oleh paparan ringkasan (dashboard) seperti berikut:

paparan ringkasan egumis

Pada bahagian atas, terdapat butang besar berwarna ungu bertulis ‘Klik sini untuk carian wang tak dituntut’.

Klik pada butang tersebut untuk periksa rekod anda.

Hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan (tanpa tanda sengkang).

Masukkan nombor kad pengenalan anda untuk periksa sebarang rekod wang yang tidak dituntut.
Masukkan nombor kad pengenalan anda untuk periksa sebarang rekod wang yang tidak dituntut.

Hanya 2 carian sehari sahaja dibenarkan, oleh itu jangan salah masuk nombor kad pengenalan.

Keputusan carian akan keluar dalam ruangan yang disediakan.

contoh rekod wang tidak dituntut
Contoh kepututsan carian rekod wang tidak dituntut dalam eGUMIS.

Jika rekod wang tak dituntut anda keluar, boleh teruskan untuk claim wang tersebut.

3 Lengkapkan butir-butir penerima

Dalam rekod yang keluar tadi, klik pada butang ‘Proceed to application’.

Lihat pada bahagian ‘Payee Details’ pada bahagian bawah sekali.

Pada sebelah kanan bahagian tersebut, terdapat pautan ‘Add Payee’.

Klik butang tersebut untuk masukkan butir-butir lengkap anda dan bank anda. Bila siap, jangan lupa klik pada butang ‘save’.

Teruskan ke bahagian tertentu dengan menekan butang ‘Next’.

4 Muatnaik dokumen berkaitan

Bergantung pada kategori wang yang dituntut tersebut, anda akan diminta untuk memuatnaik dokumen yang berkaitan.

Yang pastinya 2 jenis dokumen ini anda pasti kena sediakan:

  1. Salinan kad pengenalan atau jenis dokumen pengenalan diri lain
  2. Salinan penyata bank yang dipilih

Muat naik kesemua dokumen yang diperlukan.

Setelah siap, paparan ‘rekod telah berjaya dihantar’ akan muncul.

5 Tunggu bayaran masuk

Siap kesemua proses diatas, selanjutnya anda hanya perlu tunggu tuntutan wang tersebut masuk ke dalam bank yang anda pilih.

Kebiasaaanya, proses tuntutan ini akan selesai dalam masa 30 hari bekerja daripada tarikh anda kemukakan tuntutan.

Jika terdapat sebarang masalah, contohnya dokumen tidak lengkap, tidak diterima, anda akan mendapat makluman daripada eGUMIS melalui email atau cara perhubungan yang anda pilih.

Untuk lebih pasti, anda boleh login dari masa ke semasa untuk melihat status tuntutan anda dalam portal eGUMIS pada bahagian dashboard (ringkasan).

Semoga post ini bermanfaat untuk kegunaan bersama.

Kongsikan, terdapat berbilion wang rakyat Malaysia yang tidak dituntut. Kalau lebih masa akan ‘dilupuskan’ oleh kerajaan dan digunakan untuk tujuan ‘pembangunan’.

Kongsikan post ini:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Hustle Drops Sport Boost

Hustle Drop Sport Boost

Post Popular di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat - Jangan Tertipu

Google Ads

Post terbaru di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat – Jangan Tertipu

Advertisement

kad bank skin

Footer

Siapa Bromoden?

laman web Bromoden

Bromoden mengongsikan tips, panduan, rujukan, review yang boleh membantu anda untuk menjalani kehidupan moden, memanfaatkan teknologi semasa untuk menjadikan kehidupan kita lebih senang. Lihat maklumat lanjut tentang Bromoden.

Kategori bacaan

  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media
  • Internet / Online
  • Komputer / Software
  • Review / Cadangan

Menu penting

  • Laman Utama
  • Tentang Bromoden
  • Hubungi
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Terma dan Syarat

- Copyright © 2025 · Bromoden -