• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
logo bromoden

Bromoden

Teknologi mudahkan hidup

  • Laman utama
  • Internet / Online
  • Review / Cadangan
  • Komputer / Software
  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media

Cara Aktifkan International Transaction Maybank

October 15, 2023 by B. L. Joseph | Kategori: Internet / Online

cara aktifkan international transaction maybank

Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364

Anda mahu membuat transaksi secara online tapi malangnya tidak berjaya.

Bila nak buat transaksi, anda terima msg seperti ini:

You Debit Card is not activated for overseas trxns. Pls activate overseas trxns via M2U/ATM or call 1-300-88-6688/603-78443696.

Ini bermaksud kad anda tidak aktif untuk transaksi online untuk transaksi antarabangsa.

Dalam post ini kita lihat bagaimana cara aktifkan international transaction Maybank dengan mudah.

Topik dalam post cara aktifkan debitkan Maybank ini:

Isi Kandungan Sembunyikan
Prosedur pengaktifan dalam Maybank2u
Kad masih tidak boleh digunakan?
Cara tambah had penggunaan harian kad Maybank
Isu-isu berkaitan
Kongsikan post ini:

Lepas aktifkan bolehlah anda guna untuk tujuan transaksi online dalam dan luar negara.

Selain daripada transaksi online, kad juga boleh diguna untuk transaksi swap atau scan dalam dan luar negara.

Teruskan membaca.

Prosedur pengaktifan dalam Maybank2u

Sebelum ini untuk aktifkan kena call pihak Maybank dahulu.

Tapi selepas update terbaru, prosedur mereka tak perlu call lagi.

Boleh lakukan terus dari akaun Maybank2u kita.

Berikut caranya:

Nota: Panduan ini dibuat menggunakan paparan komputer/laptop.

LANGKAH 1: Log masuk ke dalam akaun maybank2u anda

log masuk ke akaun maybank2u anda

LANGKAH 2: Klik pada menu “SETTINGS”

Menu ini terletak pada sebelah kanan paparan maybank2u anda.

menu setting maybank2u

LANGKAH 3: Klik pada menu “CARDS”

menu cards maybank2u

LANGKAH 4: Klik bahagian “Overseas Debit Card Activation”

Skrol sedikit kebawah untuk melihat bahagian ini.

bahagian debit card activation

LANGKAH 5: “ENABLE” kan kad anda

Klik pada switch untuk tukarkan status kad daripada ‘Disable’ kepada ‘Enable’

enable debit card

LANGKAH 6: Tentukan tarikh aktif untuk kad anda

debit card effective date

Had masa maksimum kad debit anda aktif bagi fungsi transaksi online / luar negara ini adalah setahun.

Selepas habis tempoh berikut, anda kena aktifkan semula fungsi tersebut.

(Jika masih nak guna untuk transaksi online)

Klik pada butang ‘ACTIVATE‘ untuk meneruskan.

LANGKAH 7: Pengesahan TAC

Klik pada request for TAC.

Anda akan menerima nombor TAC melalui mesej yang dikirimkan ke handphone anda.

Masukkan no TAC tersebut dan tekan Confirm.

LANGKAH 8: Tahniah! Kad anda sudah aktif

Selesai pengesahan bermakna kad debit anda sudah aktif dan sedia digunakan untuk transaksi online dalam dan luar negara.

Kad masih tidak boleh digunakan?

Anda sudah mengikuti langkah diatas tapi kad masih tidak boleh digunakan?

Pertama sekali, mungkin anda kena lihat had transaksi kad anda.

Mungkin harga barangan lebih daripada had transaksi.

Untuk naikkan had transaksi teruskan baca bahagian seterusnya.

Selain itu, dalam sesetengah kes anda kena juga call pihak Maybank untuk pengaktifan.

(Ikut prosedur terdahulu daripada maybank).

Anda boleh hubungi pihak Maybank melalui talian: 1-300-88-6688.

(Nombor yang sama juga tertera di belakan kad Maybank anda).

Untuk tujuan pengaktifan melalui telefon, sediakan maklumat seperti berikut:

  • Nombor debit card anda
  • Nama anda seperti dalam IC
  • Nombor IC anda
  • Nombor akaun maybank
  • No telefon yang didaftarkan dengan maybank

Maklumat ini diperlukan untuk pengesahan oleh pihak Maybank.

Cara tambah had penggunaan harian kad Maybank

Adalah tidak ‘menyeronokkan’ jika kita tiba-tiba tak dapat guna kad disebabkan dah sampai limit harian.

Apatah lagi jika anda sedang berbelanja di supermarket.

Atau sedang melancong di luar negara.

Oleh itu, pastikan anda mengubah limit penggunaan kad anda.

Caranya seperti berikut:

Ulang kembali langkah 1 hingga 3 diatas.

Dalam paparan yang sama (dalam menu card), anda akan jumpa bahagian ini:

manage debit card

Untuk mengubah limit penggunaan, klik pada simbol ‘pen’, kemudian pilih daripada pilihan yang diberikan.

Pilihan bermula dari RM0 hingga RM5,000.

Kemudian klik pada butang ‘SAVE’ untuk simpan tetapan anda.

Sekali lagi anda perlu ‘request’ dan masukkan nombor TAC untuk tujuan sekuriti.

Pengaktifan kad atm untuk transaksi luar negara atau untuk transaksi online ini boleh dilakukan dimana-mana sahaja asalkan anda mempunyai komputer dan sambungan internet.

Isu-isu berkaitan

Berikut merupakan beberapa contoh situasi yang mungkin anda akan hadapi:

1. Anda telah berada di luar negara dan baru sahaja menyedari bahawa kad debit anda tidak dapat digunakan kerana belum diaktifkan. No telefon yang anda daftarkan dengan Maybank2u tidak dapat digunakan dalam negara tersebut. Apa yang anda boleh lakukan

Penyelesaian: Untuk kes seperti ini anda boleh membuat panggilan ke Customer Service Maybank +603-7844 3696. Nombor yang sama juga boleh didapati tertera pada belakang kad debit anda. Pihak Maybank boleh menolong anda untuk terus mengaktifkan kad debit anda tanpa perlu melalui prosedur yang dinyatakan diatas.

Anda boleh juga menggunakan pelayar internet pada handphone anda tapi mungkin caranya berbeza sedikit.

Tips: Jika anda menggunakan handphone, gunakan pelayar internet seperti Google Chrome dan tukarkan view  kepada desktop view. Caranya pergi ke Setting > Request desktop site.

Kongsikan jika post ini bermanfaat kepada anda.

2. Jika anda perlu call pihak maybank untuk tujuan pengaktifan sediakan maklumat seperti berikut:

  • Nombor debit card anda
  • Nama anda seperti dalam IC
  • Nombor IC anda
  • Nombor akaun maybank
  • No telefon yang didaftarkan dengan maybank

Kongsikan jika cara aktifkan international transaction maybank ini membantu anda!

Kongsikan post ini:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Reader Interactions

Comments

  1. mashi says

    February 10, 2024 at 2:03 PM

    hai saya nk tanya..jika kita aktifkan fungsi transaksi luar negara ni..selain daripada kita melakukan pembelian online,,adakah kita boleh terima wang (money in) dari luar negara?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Hustle Drops Sport Boost

Hustle Drop Sport Boost

Post Popular di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat - Jangan Tertipu

Google Ads

Post terbaru di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat – Jangan Tertipu

Advertisement

kad bank skin

Footer

Siapa Bromoden?

laman web Bromoden

Bromoden mengongsikan tips, panduan, rujukan, review yang boleh membantu anda untuk menjalani kehidupan moden, memanfaatkan teknologi semasa untuk menjadikan kehidupan kita lebih senang. Lihat maklumat lanjut tentang Bromoden.

Kategori bacaan

  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media
  • Internet / Online
  • Komputer / Software
  • Review / Cadangan

Menu penting

  • Laman Utama
  • Tentang Bromoden
  • Hubungi
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Terma dan Syarat

- Copyright © 2025 · Bromoden -