• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
logo bromoden

Bromoden

Teknologi mudahkan hidup

  • Laman utama
  • Aplikasi
  • Gajet
  • Keselamatan
  • Kewangan
  • 🏷️Offer on the Net

Cara Bayar Bil Air Sabah guna Maybank2u

March 8, 2020 by B. L. Joseph | Kategori: Kewangan

Bayar Bil Air Sabah guna Maybank2u

Bayar bil air anda dengan mudah menggunakan Online Banking Maybank2u.

Sebelum ini saya ada menulis post berkenaan tentang cara bayar bil air secara online untuk penduduk Sabah menggunakan apps Sabah Pay.

Selain guna apps, para Sabahan juga boleh membayar bil air anda dengan menggunakan Maybank2u.

Caranya mudah dan ringkas.

Yang diperlukan adalah:

  • Bil air terkini @ no akaun bil air anda
  • Maybank2u

Caranya seperti berikut:

1. Login masuk kedalam akaun Maybank2u anda

Jangan guna apps Maybank. Jabatan Air Sabah tidak muncul dalam senarai Payee.

Anda kena login masuk guna pelayar internet (browser).

Lawati laman rasmi maybank2u: Maybank2u

log masuk ke dalam akaun maybank2u

2. Pilih ‘Pay Bills’

Dalam akaun maybank2u anda klik pada simbol ‘3 titik’ untuk mempamerkan menu ‘Pay bills’:

menu pamerkan pilihan pay bill

Pilih menu ‘Pay bills‘:

pilih menu pay bills dalam maybank2u

3. Pilih ‘Jabatan Air Sabah’

Selepas anda pilih Pay bills paparan berikut akan muncul:

bahagian pilih payee

Anda boleh set ‘Pay from’, bayar dari akaun mana.

Pastikan pada bahagian ‘Pay to‘ disetkan kepada ‘Payee‘.

Dibawah bahagian ‘Payee’, terdapat ruangan ‘New Payment…‘ untuk anda memilih kepada siapa anda mahu bayar.

Klik bahagian tersebut dan taipkan ‘Jabatan Air Sabah‘:

taip masuk jabatan air sabah

Daripada pilihan yang diberi, pilih ‘Jabatan Air Sabah‘

4. Lengkapkan butir-butir yang diperlukan & Bayar

Paparan seperti berikut akan muncul:

butir pembayaran bil air maybank2u

Lengkapkan butiran yang diperlukan.

Masukkan amount @ jumlah bayaran berdasarkan bil air terkini anda.

Untuk akaun no anda boleh rujuk bil air anda. Ia terletak pada bahagian atas bil air anda.

Dibawah ‘No. Akaun’:

Nombor akaun dalam bil air
Lokasi nombor akaun anda dalam bil Air Sabah.

Nombor akaun yang sama juga ada tertera dibawah bar kod.

Untuk date @ tarikh, letakkan tarikh terkini.

Siap isi klik pada butang ‘Pay’.

Teruskan dengan proses pembayaran hingga siap.

Dan tahniah, anda telah berjaya membayar bil air secara online menggunakan Maybank2u.

Sedikit penutup kata…

Cara ini nampak lebih ringkas jika dibandingkan dengan cara bayar bil air sabah guna apps ‘Sabah Pay’.

Namun begitu, satu kelemahan cara ini adalah kita tidak dapat pastikan pembayaran itu sampai atau tidak.

Kena tunggu bil seterusnya untuk lihat rekod.

Jika anda guna Sabah Apps, agak lebih yakin kerana sistemnya bersambung terus dengan rekod Jabatan Air Sabah.

Kongsikan jika post ini bermanfaat!

Kongsikan post ini:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Reader Interactions

Comments

  1. Dionysia Goh says

    December 16, 2020 at 10:06 AM

    Tunjuk la bah juga kan bahagian mana tu No. Akaun bill air di bill air tu.. Alang² juga ni mau kasi info..

    Reply
    • B. L. Joseph says

      December 25, 2020 at 4:06 PM

      Ala.. Sorry. Ada dibawah title No. Akaun. Sudah diupdate post diatas. Thanks ya.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

ONE THING Anti Aging & Hydration Serum

anti aging serum

Post Popular di Bromoden

  • 15 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2023]
  • 30 Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2023]
  • Cara Tukar Limit Maybank2u (Transfer / Debit Kad / ATM)
  • 9 Cara nak Lajukan Laptop / PC Window 10
  • 29 Kelebihan Kad Bigpay - Berbaloi atau tidak?
  • Cara Buat Google Form / Kehadiran / Kuiz [Panduan Bergambar]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android Edisi 2023
  • Bagaimana Cara Padam Page Facebook?
  • Cara Buat Link WhatsApp di Facebook
  • Cara Buat Link WhatsApp dengan Nama Sendiri

Google Ads

Post terbaru di Bromoden

  • 29 Kelebihan Kad Bigpay – Berbaloi atau tidak?
  • TIME: Internet Paling Laju & Murah di Malaysia 2023!
  • Cara Buat Google Form / Kehadiran / Kuiz [Panduan Bergambar]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android Edisi 2023
  • 30 Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2023]
  • 13 Aksesori Smartphone Terbaik & Berguna [Terkini 2023]
  • Cara Cepat Copy File Besar di PC [Robocopy]
  • Cara Semakan Wang yang Tidak Dituntut secara Online
  • 15 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2023]
  • Bagaimana Cara Buat Pinned Post Facebook?

Advertisement

kad bank skin

Footer

Siapa Bromoden?

laman web Bromoden

Bromoden mengongsikan tips, panduan, rujukan, review yang boleh membantu anda untuk menjalani kehidupan moden, memanfaatkan teknologi semasa untuk menjadikan kehidupan kita lebih senang. Lihat maklumat lanjut tentang Bromoden.

Kategori bacaan

  • Aplikasi
  • Diskaun & Kupon di Internet
  • Gajet
  • Jualbeli
  • Keselamatan
  • Kewangan
  • Servis

Menu penting

  • Laman Utama
  • Tentang Bromoden
  • Hubungi
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Terma dan Syarat

- Copyright © 2023 · Bromoden -