• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
logo bromoden

Bromoden

Teknologi mudahkan hidup

  • Laman utama
  • Aplikasi
  • Gajet
  • Keselamatan
  • Kewangan
  • 🏷️Offer on the Net

Cara Bayar Bil Air Online Sabah

March 6, 2020 by B. L. Joseph | Kategori: Kewangan

Bayar Bil Air Online Sabah

Cara mudah untuk bayar bil air secara online untuk penduduk Sabah.

Anda tak perlu lagi bersusah payah untuk datang membawa tubuh badan ke kaunter. Anda boleh bayar bil air secara online dengan menggunakan aplikasi @ apps Sabah Pay.

( Alternatif lain: Cara Bayar Bil Air Sabah guna Maybank2u )

Apa yang diperlukan adalah:

  • Smartphone dengan internet
  • Bil air terkini
  • Aplikasi Sabah Pay
  • Aplikasi Boost
  • Perbankan Online yang aktif (maybank2u, cimbclikcs…

Daripada senarai diatas mungkin anda tertanya-tanya, kenapa aplikasi Boost ada dalam senarai?

Boost digunakan oleh Sabah Pay untuk menerima bayaran anda. Oleh itu perlu instal juga.

Mari kita lihat caranya:

1. Install kesemua apps yang diperlukan

Dalam handphone anda kena ada kedua-dua aplikasi: ‘Boost‘ dan juga ‘Sabah Pay‘.

Jika anda belum mempunyai aplikasi Boost, boleh install melalui laman rasminya: Boost

muat turn apps boost dari laman rasmi boost
Klik pada butang Apps Boost yang terletak di bahagian atas laman.

Selesaikan dahulu installation Boost & pendaftarannya.

Untuk apps Sabah Pay anda boleh download melalui link ini: Sabah Pay.

aplikasi sabah pay

2. Daftar akaun Sabah Pay

dashboard sabah pay

Seterusnya anda kena daftar akaun pada apps Sabah Pay.

Buka Apps Sabah pay kemudian, klik pada bahagian ‘Payment‘, atau mana-mana bahagian lain.

Paparan seperti ini akan muncul:

daftar akaun Sabah Pay

Untuk mendaftar klik pada pilihan ‘Register‘.

Anda akan diminta untuk memasukkan no tel anda, butir-butir diri anda dan seterusnya proses verifikasi melalui sms.

Siap daftar tutup dahulu aplikasi Sabah pay ini untuk seketika.

3. Masukkan duit dalam akaun Boost anda

Untuk memastikan proses pembayaran lancar, pastikan aplikasi Boost anda mempunyai baki yang cukup.

Lihat jumlah bil terkini pada bil air anda.

Contohnya jika, bil air terkini anda RM25, pastikan jumlah tersebut ada dalam akaun Boost anda.

Untuk tambah wang dalam akaun Boost, Klik pada ikon dompet dalam aplikasi Boost:

tambah duit boost

Ikuti arahan yang diberikan sehingga proses tambah duit ini selesai.

4. Masuk bahagian Payment dalam Sabah Pay

Buka balik aplikasi Sabah pay anda kemudian pergi ke bahagian ‘Payment‘:

bahagian payment sabah pay

5. Pilih Jabatan Air Negeri Sabah

Dalam bahagian payment akan terpapar beberapa pilihan.

Pilih ‘Jabatan Air Negeri Sabah‘:

payment jabatan air negeri sabah

6. Scan / masukkan no akaun

Paparan berikut akan muncul:

scan atau masuuan nombor akaun bil air

Anda boleh pilih sama ada masukkan no akaun bil air secara manual atau scan pada bar kod.

Lebih mudah jika anda scan pada bar kod.

Untuk scan, klik pada pilihan ‘Scan’

Kemudian arahkan kamera anda pada bar kod bahagian ini dalam bil air anda:

Bar kod bil terkini dalam bil air untuk Negeri Sabah
Bar kod bil terkini dalam bil air untuk Negeri Sabah

Jika scan berjaya, paparan berikutnya yang menyatakan jumlah perlu dibayar akan muncul:

jumlah bil air perlu dibayar

7. Bayar bil anda

Untuk membayar klik pada butang ‘Payment‘.

Paparan seperti berikut akan muncul:

pilihan bayar guna boost

Teruskan untuk klik pada butang tersebut.

Ini akan secara automatiknya membuka aplikasi Boost anda serta memaparkan jumlah yang perlu dibayar:

bayaran bil air menggunakan aplikasi boost

(Saya terlupa untuk menambah baki Boost, so kena ulang semula 😅)

Untuk sah membayar, klik pada butang ‘Confirm‘.

Dengan ini anda telah berjaya membayar bil air (Sabah) anda secara online.

Kongsikan post ini jika ia bermanfaat pada anda!

Kongsikan post ini:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Reader Interactions

Comments

  1. Pengguna air bersih says

    June 17, 2020 at 11:51 PM

    Banyak perlu install.. cuba la buat macam pembayaran sesb.. mudah mo bayar melalui cimb click.. x payah install boost la… sabah pay la… org skrg nak yg lbih mudah..

    Reply
    • Sue says

      July 27, 2020 at 4:30 PM

      Kalau cara yg paling mudah..online banking..maybank2u click payee pilih Jab Air Negeri Sabah..letak amount & no akaun..settle

      Reply
    • B. L. Joseph says

      July 27, 2020 at 8:20 PM

      Boleh saja guna online tuan. Ada juga post guna maybank2u jika nak sebagai rujukan: Cara Bayar Bil Air Sabah guna Maybank2u

      Reply
  2. aramai ti says

    October 3, 2020 at 11:28 AM

    Ye ke.. I tak biase lah.. Thanks sebab tunjukkan i cara pembayaran bil air kat sabeh ni..

    Reply
    • B. L. Joseph says

      October 7, 2020 at 1:58 AM

      Hahaha..terima kaseh ya komennya aramaiti

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Advertisement

Post Popular di Bromoden

  • 21 Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2021]
  • Cara Bayar Bil Air Online Sabah
  • JAA Lifestyle: Benar atau Scam? [Review]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android Edisi 2021
  • 9 Cara nak Lajukan Laptop / PC Window 10
  • Cara Bayar Bil Air Sabah guna Maybank2u
  • Cara Keluarkan Duit dari Lazada Wallet
  • Cara Buat Link WhatsApp dengan Nama Sendiri
  • Adakah anda layak menuntut insentif di bawah seksyen 127?

Advertisement

Post terbaru di Bromoden

  • 14 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2021]
  • Cara Tukar Limit Maybank2u (Transfer / Debit Kad / ATM)
  • Airbot Perfect Cleaner 88% OFF
  • Puma Fashion & Leisure | 25% Off
  • Bagaimana Cara Buat Channel YouTube?
  • Apa itu BigPay? Cara Guna, Daftar & Kelebihannya
  • 3 Cara Tukar PDF ke Word [100% Free @ Percuma]
  • 13 Aksesori Handphone Terbaik [Versi 2021]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android Edisi 2021
  • 21 Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2021]

Advertisement

Footer

Siapa Bromoden?

laman web Bromoden

Bromoden mengongsikan tips, panduan, rujukan, review yang boleh membantu anda untuk menjalani kehidupan moden, memanfaatkan teknologi semasa untuk menjadikan kehidupan kita lebih senang. Lihat maklumat lanjut tentang Bromoden.

Kategori bacaan

  • Aplikasi
  • Diskaun & Kupon di Internet
  • Gajet
  • Jualbeli
  • Keselamatan
  • Kewangan
  • Servis

Menu penting

  • Laman Utama
  • Tentang Bromoden
  • Hubungi
  • Dasar Privasi
  • Penafian

- Copyright © 2021 · Bromoden -