Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Pastikan ada dalam simpanan pen drive anda untuk kegunaan kecemasan.
Disini saya kumpulkan senarai aplikasi terbaik windows untuk kegunaan bersama.
Disertakan juga dimana nak dapatkan @ pautan untuk muat turun.
Percuma dan portable (boleh simpan dalam pendrive untuk digunakan bila-bila masa dan dimana jua)
Berikut merupakan senarainya:
Teruskan membaca untuk info penuh dan muat turun.
0 Ubuntu – Portable Operating System
Jika anda ada Ubuntu, anda boleh gunakan mana-mana laptop & komputer.
Ubuntu adalah operating system, sama seperti windows.
Bezanya, anda boleh letak ubuntu dalam pendrive sebagai portable operating system, boleh bawah ke mana jua.
Bila anda nak buat kerja, menaip, akses internet, edit gambar dan sebagainya, anda boleh cucuk pendrive ini dekat mana-mana komputer dan guna komputer tersebut.
Tidak perlu guna OS yang sedia ada dalam komputer tersebut, tak perlu login dan sebagainya.
Hanya perlu guna OS Ubuntu anda yang anda install dalam pendrive.
Anda boleh dapatkan Ubuntu dari sini: https://ubuntu.com/download/desktop
Kemudian gunakan Rufus yang boleh didapatkan dari sini: https://rufus.ie/downloads/
Untuk install Ubuntu dalam pendrive.
Sebagai panduan, berikut merupakan tetapan untuk Rufus ketika nak install Ubuntu dalam pendrive:
Untuk panduan lanjut boleh baca: Cara pasang OS di pendrive.
1 LibreOffice – Alternatif Percuma Words
Muat turun sini: LibreOfice Portable
LibreOffice adalah aplikasi percuma alternatif kepada Microsoft Office.
Ia boleh melakukan hampir semua kebolehan Microsoft Office seperti menaip, guna excel, presentation dan seterusnya.
Failnya pula serasi dan boleh digunakan juga oleh Miscrosoft Office.
2 Foxit Reader – Pembaca Fail PDF
Muat turun sini: Foxit PDF Reader Portable
Foxit PDF Reader adalah perisian khas untuk fail PDF yang bersaiz kecil, ringan dan laju.
Ia boleh melakukan fungsi penuh seperti membuka, membaca, membuat, sign dan juga mencetak fail pdf.
3 Note++ – Text Editor untuk Programmer
Muat turun sini: Note++ Portable
Bukan sahaja sangat berguna untuk programmer, juga sangat berguna untuk yang sering menaip yang memerlukan text editor ringkas.
4 PDFTK Builder – Edit fail PDF
Muat turun sini: PDFTK Builder Portable
Aplikasi ini mampu untuk menceraikan fail pdf,mengabungkan fail pdf atau meletakkan image/logo anda dalam fail pdf.
Kadangkala anda mahu menghantar hanya 1 bahagian halaman daripada fail pdf. Aplikasi ini mampu untuk menceraikan halaman tersebut daripada fail asal.
5 CDEx Portable – Ekstrak Audio dari CD/DVD
Muat turun sini: CDEx Portable
Anda mempunyai audio muzik lama dalam bentuk cd atau DVD?
Boleh guna aplikasi ini untuk ekstrak fail audio tersebut dan simpan dalam bentuk format yang anda pilih seperti mp3 dan sebagainya.
6 VLC Player – Pemain Media serba boleh
Muat turun sini: VLC Player
Pemain video percuma yang popular yang menyokong hampir semua jenis video. Selain itu, ia juga boleh memainkan fail audio.
7 Avidemux – Video Editor ringkas terbaik
Muat turun sini: Avidemux Portable
Perisian mengedit video yang berkebolehan untuk melakukan fungsi seperti memotong, menapis dan menukar jenis video.
Perisian ini menyokong banyak jenis fail video termasuk AVI, DVD MPEG, MP4 dan ASF.
8 PicPick – Editor gambar terbaik
Muat turun sini: PicPick Image Editor
Saya gunakan picpick untuk mengedit kebanyakkan gambar yang saya gunakan.
Boleh melakukan fungsi seperti screen shot, edit gambar, edit saiz, tukar jenis fail gambar dan sebagainya.
Ia juga ringan dan pantas.
9 Eraser – Padam fail dengan selamat
Muat turun sini: Eraser
Digunakan untuk memadam data sensitif daripada komputer dengan selamat tanpa perlu risau pada aplikasi seperti data recover.
10 Lucas Chess – Permainan Chess Portable
Muat turun sini: Lucas Chess Portable
Untuk kegunaan dimasa terluang.
11 Pidgin – Aplikasi Messenger Cross-platform
Muat turun sini: Pidgin
Pidgin Portable adalah aplikasi yang boleh anda gunakan untuk berbuat @ chat dengan mana-mana pengguna servis seperti Google Talk, Facebook Messenger dan pelbagai platform messenger lain.
Ia boleh disimpan dalam pendrive dan boleh digunakan bila-bila masa anda mahu.
Pastikan aplikasi dalam senarai ini ada dalam simpanan pendrive anda untuk kegunaan kecemasan.
Semoga post aplikasi terbaik windows ini bermanfaat untuk rujukan semua.
Leave a Reply