• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
logo bromoden

Bromoden

Teknologi mudahkan hidup

  • Laman utama
  • Internet / Online
  • Review / Cadangan
  • Komputer / Software
  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media

Bagaimana Cara Buat CCTV Guna Hp Lama anda

April 27, 2021 by B. L. Joseph | Kategori: Apps / Gajet

Bagaimana Cara Buat CCTV Guna Hp Lama anda

Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364

Jangan simpan smartphone lama anda. Jadikan sebagai CCTV.

Bagaimana cara buat cctv guna hp lama yang tidak terpakai?

sangat berguna untuk anda monitor keadaan rumah jika anda tidak memiliki set cctv sebenar.

Anda hanya perlukan:

  1. Handphone lama jenis android / iphone
  2. Apps ‘Alfred Home Security Camera’
  3. Wifi atau internet di kedua-dua hanphone
  4. Pemegang Handphone (pilihan)
  5. USB timer untuk cas (pilihan)
  6. Wide angle lens (pilihan)

Ada item no 1,2 & 3 sahaja pun sudah cukup untuk buat cctv.

Sambungan internet diperlukan agar kedua-dua handphone boleh berkomunikasi antara satu sama lain.

Aplikasi ‘Alfred Home security camera’ percuma sahaja. Ada tersedia versi untuk android dan juga iOS.

(Cuma versi android lebih advance dan banyak pilihannya).

Mari kita lihat bagaimana cara untuk buat cctv guna hp lama:

1 Install Aplikasi di kedua-dua handphone

Anda boleh dapatkan apps Alfred Home security camera untuk versi:

  • (Android) Alfred Home security camera
  • (iOs) Alfred Home security camera

Install di kedua-dua handphone.

Apps ini sepatutnya tidak ada masalah untuk digunakan di mana-mana versi android /iOs.

cara buat cctv guna hp lama
Saya gunakan hp Acer lapuk Android versi 4.2.2 masih boleh install apps ini.

2 Setup handphone utama (Viewer)

Pada handphone utama, start aplikasi ‘Alfred Home security’.

Sign in guna akaun Google anda:

sign in alfred home security camera

Selepas berjaya sign-in, anda akan diberikan pilihan untuk pilih kegunaan aplikasi ini:

Pilih kegunaan Aplikasi Alfred Home Security Camera.
Pilih kegunaan Aplikasi Alfred Home Security Camera.

Anda boleh pilih antara:

  • Business Use
  • Caregiving
  • Home Security
  • Pet Monitor
  • Away for a trip
  • Baby Monitor
  • Kid Monitor
  • Others

Pilih mana-mana ikut kesusaian penggunaan anda.

Proses seterusnya adalah setup untuk handphone kedua:

proses pairing aplikasi alfred home security
Handphone utama sedia untuk proses pairing.

3 Setup handphone kedua (kamera)

Buka aplikasi Alfred Home Security.

Kemudian sign-in menggunakan akaun yang sama dengan handphone utama (viewer) tadi.

Selepas sign-in, handphone kedua anda ini akan automatik menjadi ‘kamera’:

handphone kedua menjadi kamera
Handphone kedua automatik menjadi kamera selepas anda sign-in.

Manakala paparan pada handphone utama akan bertukar kepada paparan viewer:

paparan handphone utama viewer
Paparan pada skrin handphone utama (viewer).

Dengan ini set cctv guna hp anda sudah lengkap dan sedia untuk digunakan.

Selanjutnya kita cuba lihat pilihan setting-setting yang boleh kita lakukan.

4 Pilihan setting pada handphone kamera

Dalam paparan handphone kamera, terdapat 3 pilihan yang ada:

  1. Settings – Tetapan yang boleh anda buat
  2. Motion Detector – Untuk aktif dan deaktif fungsi motion detector
  3. Save Power – Gelapkan skrin untuk jimat bateri
option pada handphone viewer
Butang pilihan yang ada pada handphone kamera.

1. Setting Handphone Kamera

Jika kita sentuh pada bahagian setting, paparan seperti berikut akan muncul:

option dalam setting handphone viewer
Pilihan yang ada dalam setting handphone viewer.

Bahagain setting ini agak mudah untuk difahami:

  • Audio – Membolehkan handphone kamera mengeluarkan bunyi
  • Continous Auto Focus – Kamera focus pada objek yang bergerak
  • Reopen automatically – Jika handphone tiba-tiba restart, aplikasi akan dibuka tanpa perlu bantuan anda
  • Pause detection when moving – Berhenti merakam jika handphone kamera digerakkan
  • Resolution – resolusi video

Pada bahagian bawah terdapat advance setting yang mana hanya berfungsi untuk handphone terbaru.

(saya gunakan handphone lama, bahagian ini tidak dapat digunakan)

Semua fungsi yang ditawarkan diatas suda cukup baik untuk menjadikan handphone lama kita sebagai cctv.

2. Motion Detector

Pilihan butang motion detector membolehkan kita untuk aktif dan deaktfikan fungsi motion detector.

Motion detection ini berfungsi untuk mengaktifkan fungsi rakaman video pada handphone utama anda apabila handphone kamera mengesan apa-apa pengerakan.

Oleh itu, dicadangkan untuk sentiasa aktifkan fungsi ini.

3. Save Power

Butang ini membolehkan anda mengelapkan skrin pada handphone kamera secara manual.

Tujuannya adalah untuk mengurangkan penggunaan bateri.

Handphone kamera juga akan secara automatik mengelapkan skrin jika tidak mengesan apa interkasi.

5 Pilihan setting pada handphone utama (viewer)

Pertama sekali kita kena tahu terdapat 2 cara cctv hp ini berfungsi:

  1. Anda boleh tengok secara live (nyata)
  2. Anda boleh tengok rakaman yang dibuat apabila handphone kamera mengesan sebarang pengerakan

Apabila handphone yang berfungsi sebagai kamera cctv mengesan pengerakan, ia secara automatik akan merakam video.

Dalam masa yang sama notifikasi akan sampai ke handphone utama (viewer) tentang aktiviti tersebut.

Notifikasi akan sampai seperti ini:

notifikasi amaran daripada aplikasi Alfred Home Security Camera
Notifikasi amaran daripada aplikasi Alfred Home Security Camera.

Hebat bukan?

Bila anda buka aplikasi ini paparan berikut akan muncul:

paparan alfred kamera pada handphone utama viewer

Jika kita nak tengok rakaman nyata, sentuh pada bahagian ‘LIVE’.

paparan live aplikasi alfred camera
Paparan live aplikasi alfred camera.

(kualiti video bergantung pada kamera hp yang berfungsi sebagai kamera)

Pada bahagian atas terdapat ikon ‘speaker’ / ‘pembesar suara’.

Bila anda aktifkan fungsi ini, anda juga boleh mendengar rakaman bunyi daripada paparan yang diberikan.

Dibahagian bawah pula terdapat ikon ‘microphone’ dan ‘video’.

Microphone membolehkan kita bersuara dan suara kita akan keluar pada handphone yang berfungsi sebagai kamera tadi.

Pilihan ikon video pula membolehkan kita merakam paparan ‘live’ yang sedang kita lihat.

Terdapat ikon ketiga, iaitu ikon anak panah ke kanan.

Apabila kita sentuh pada ikon ini, pilihan tersembunyi seperti berikut akan keluar:

pilihan tersembunyi kamera viewer
Pilihan tersembunyi tambahan pada handphone viewer.

Fungsi setiap satu adalah seperti berikut:

  • Ubah paparan live – membolehkan anda jadikan paparan berputar 90 darjah
  • Flash – Menyalahkan flash (lampu) jika ada pada handphone kamera
  • Nightmode – Menjadikan paparan lebih terang dalam keadaan gelap
  • Siren – Mengeluarkan bunyi siren pada handphone kamera untuk menakutkan/ mengejutkan penceroboh

6 Kelengkapan tambahan

Hanya 3 perkara penting untuk menjadikan hp lama anda sebagai cctv – Hp lama/spare, Apps dan sambungan internet.

Namun begitu, mungkin kita perlu juga pertimbangkan beberapa alat tambahan untuk memaksimakan cctv buatan ini.

Antaranya adalah:

  1. USB timer untuk cas
  2. Wide angle lens
  3. Pemegang Handphone

1. USB timer untuk cas handphone

usb charger timer

lihat di lazada

Selalunya handphone lama ni, baterinya kecil dan cepat habis.

Nak on cas 24 jam agak bahaya.

Ada baiknya jika anda cuba dapatkan USB timer, agar dapat tetapkan bila masa handphone kamera anda harus dicas.

Saya cadangkan anda miliki usb timer seperti Wifi SMART USB Timer.

Sangat bersesuaian dengan sistem cctv handphone ini.

2. Wide angle lens

wide lens smartphone

lihat di lazada

Wide angle lens meningkatkan lagi keupayaan handphone kamera anda.

Boleh ambil video lebih luas.

Boleh lihat contoh Wide angle lens sini.

3. Pemegang Handphone

pemegang handphone kamera

lihat di lazada

Yang ini tak berapa kritikal.

(Guna tape pelekat pun boleh)

Tapi kalau ada lagi baik. lagi senang nak atur halatuju video anda.

Selain daripada itu kita boleh tambah lebih daripada satu handphone kamera.

Contohnya anda mempunyai 3 handphone yang tidak terpakai, gunakan semuanya sebagai set cctv.

Anda boleh namakan satu persatu kamera ini dalam handphone viewer – contoh kamera depan, kamera belakang, kamera bilik air…

Hebat bukan?

Diharapkan cara buat cctv guna hp ini bermanfaat pada anda.

Kongsikan untuk kebaikkan bersama!

Kongsikan post ini:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Hustle Drops Sport Boost

Hustle Drop Sport Boost

Post Popular di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat - Jangan Tertipu

Google Ads

Post terbaru di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat – Jangan Tertipu

Advertisement

kad bank skin

Footer

Siapa Bromoden?

laman web Bromoden

Bromoden mengongsikan tips, panduan, rujukan, review yang boleh membantu anda untuk menjalani kehidupan moden, memanfaatkan teknologi semasa untuk menjadikan kehidupan kita lebih senang. Lihat maklumat lanjut tentang Bromoden.

Kategori bacaan

  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media
  • Internet / Online
  • Komputer / Software
  • Review / Cadangan

Menu penting

  • Laman Utama
  • Tentang Bromoden
  • Hubungi
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Terma dan Syarat

- Copyright © 2025 · Bromoden -