• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
logo bromoden

Bromoden

Teknologi mudahkan hidup

  • Laman utama
  • Internet / Online
  • Review / Cadangan
  • Komputer / Software
  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media

Cara Buat Google Form / Kehadiran / Kuiz [Panduan Bergambar]

June 5, 2023 by B. L. Joseph | Kategori: Internet / Online

Cara Buat Google Form

Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364

Buat borang kehadiran, pendaftaran atau soalan kuiz secara percuma dengan Google Form.

Untuk panduan bagi yang baru pertama kali nak guna Google Form.

Kita boleh guna Google Form untuk:

  • Buat borang pendaftaran online
  • Buat soalan kuiz / peperiksaan / kaji selidik online

Percuma sahaja.

Mari kita lihat bagaimana caranya langkah demi langkah:

Disarankan guna komputer/laptop untuk buat Google Form dengan lebih mudah.

1 Login Masuk akaun Google

Lawati laman utama google: www.google.com

Login masuk akaun google anda:

login akaun google
Login masuk ke akaun google anda.

Jika belum ada akaun Google, boleh buat percuma disini: Buat akaun Google.

2 Pergi ke forms.google.com

Selanjutnya klik link ini: https://forms.google.com/.

Paparan seperti berikut akan muncul:

paparan google form
Paparan bahagian Google form.

Cara lain untuk akses Google form adalah seperti berikut:

Klik pada ‘Google Apps‘:

klik google apps
Klik pada ikon ‘Google Apps’.

Pilih ‘Drive‘:

Pilih Google Drive
Pilih ‘Google Drive’.

Dalam Drive, klik pada butang ‘+ New‘ kemudian pilih ‘Google Forms‘:

butang new dalam drive
Klik butang ‘+ New’ kemudian pilih ‘Google Forms’.

3 Buat borang baru

Untuk buat borang, kita boleh pilih sama ada buat dari kosong / blank atau pilih dari template yang sedia ada.

Jika anda nak guna template yang sedia ada boleh klik pada ‘Template gallery‘ dan pilih.

butang template gallery

Kemudian selanjutnya boleh edit borang tersebut ikut kemahuan anda.

Dalam panduan ini kita cuba buat borang dari kosong.

Untuk mula buat borang klik pada ‘Start a new form / Blank‘:

buat borang sendiri
Klik pada ‘Start a new form / Blank’ untuk buat borang sendiri.

Borang anda akan keluar seperti ini:

blank form google form
Paparan borang baru di Google Form.

4 Bagi nama pada borang

Pertama sekali kita bagi nama borang kita.

Klik pada bahagian ‘Untitled form‘, delete dan taip masuk nama borang anda:

bagi nama pada borang
Tukarkan ‘Untitled Form’ pada nama borang anda.

Contohnya kita nak bagi nama ‘Borang Pendaftaran Kursus Berniaga Online’.

contoh nama borang

Jangan lupa tukarkan juga nama fail anda dengan nama yang sama dengan nama borang.

(agar mudah untuk dikenalpasti)

nama fail borang
Tukarkan juga nama fail.

Dibahagian bawah nama borang anda, disediakan juga ruangan untuk ‘Form description‘.

Anda boleh masukkan apa-apa maklumat atau arahan untuk makluman pengguna disini.

Form description
Ruangan ‘Form description’ dibawah tajuk borang.

Segala perubahan yang anda lakukan akan disimpan secara automatik oleh Google di dalam Google Drive anda.

5 Masukkan ruangan untuk data yang diperlukan

Selanjutnya kita masukkan ruangan untuk data yang kita perlukan.

Kita sediakan soalan dan ruangan untuk data yang kita nak ambil.

Contohnya mungkin kita nak pungut data seperti:

  • Nama
  • Jantina
  • Nombor telefon
  • Alamat email

Satu ruangan untuk data telah disediakan, kita hanya perlu edit ruangan tersebut.

edit ruangan data

Untuk edit, klik pada ruangan tersebut.

Pilihan untuk edit akan keluar selepas anda klik:

pilihan edit ruangan question
asdwwe

Contohnya, kita mungkin nak dapatkan nama.

Pertama sekali kita masukkan soalan.

Taipkan soalan di bahagian ‘Question’:

taip masuk soalan
Taip masuk soalan anda di dalam bahagian ‘Question’.

Untuk jawapan, kita nak pengguna taip masuk nama mereka.

So, jenis data (jawapan) yang kita perlukan adalah dalam bentuk text.

Kita boleh pilih jenis data ini melalui ‘pilihan drop down’ ini:

pilihan dropdown jenis data untuk jawapan
Pilihan dropdown jenis data untuk jawapan.

Klik menu tersebut, kemudian pilih jenis data:

pilihan jenis jawapan data
Pilihan jenis data (jawapan) yang kita perlukan.

Contohnya, untuk nama adalah jenis text, jenis jawapan yang sesuai adalah ‘Short answer‘.

Dibahagian bawah, terdapat setting ‘Required‘ untuk anda tentukan sama ada soalan ini wajib dilengkapkan atau tidak:

setting google form untuk wajib dilengkapkan.
Setting untuk bahagian yang wajib dilengkapkan.

Jika kita ‘on’ kan setting ini, pengguna wajib untuk melengkapkan bahagian ini barulah boleh submit borang.

Selain itu anda juga boleh memasukkan info tambahan untuk soalan yang anda kemukakan dengan mengaktifkan bahagian ‘Description’.

Bahagian description yang dimaksudkan adalah seperti ini:

bahagian description soalan
Bahagian description soalan.

Bahagian ini berguna untuk anda beritahu pengguna apakah jenis jawapan yang anda perlukan.

Contohnya anda boleh letak “Sila masukkan nama penuh anda…” dan sebagainya.

Untuk aktifkan bahagian description ini, klik pada ‘3 titik bertindih‘ disebelah ‘required’:

Kemudian klik ‘Description‘:

aktifkan bahagian description
Setting untuk aktifkan bahagian ‘Description’.

Siap untuk soalan pertama anda.

Selanjutnya, kita nak buat soalan baru/ tambah soalan.

Untuk tambah soalan klik pada ikon ‘+‘ di bahagian floating menu:

tambah soalan baru dalam google form
Tambah soalan dalam Google Form.

Kemudian anda boleh edit ruangan tersebut dengan cara yang sama.

Contohnya untuk soalan seterusnya anda nak dapatkan jantina.

Untuk jantina hanya 2 jantina yang kita terima iaitu lelaki dan perempuan.

Oleh itu, kita mungkin boleh gunakan jenis data ‘Multiple Choice’.

jenis data multiple choice
Jenis data multiple choice.

Semasa memilih jenis data, pilih jenis sesuai.

Ini untuk memudahkan pengguna mengisi borang dan seterusnya mengelakkan kesilapan pada data yang kita terima nanti.

Lakukan langkah yang sama untuk semua soalan yang nak dimasukkan.

contoh borang soalan google form
Contoh borang soalan google form.

Anda boleh lihat ‘preview‘ borang anda menggunakan ikon ‘mata’:

butang preview google form
Butang preview google form anda.

Butang preview (ikon mata) terletak di bahagian atas borang.

Sebagai tambahan, boleh edit warna dan tambah gambar pada borang anda.

Melalui menu ‘Customize theme’ yang terletak disebelah ikon mata /preview tadi.

(untuk kelihatan lebih profesional, elakkan edit yang berlebihan).

NOTA: Butang submit borang akan ditambah secara automatik selepas soalan terakhir dalam borang anda.

Contoh borang Google Form Siap
Contoh borang Google Form Siap.

Borang anda siap.

Seterusnya kita lihat cara untuk penerimaan data daripada borang tersebut.

6 Set cara terima data

Bagaimana cara kita menerima borang yang sudah siap diisi?

Diruangan bahagian atas borang anda terdapat tab ‘Responses‘:

tab responses google form

Sini akan muncul semua borang yang sudah siap di isi oleh pengguna.

Selain itu, kita boleh buat ‘spreadsheet’ untuk kumpulkan semua data dari borang yang siap diisi.

(spreadsheet ini hampir sama seperti excel).

Lagi baik buatkan spreadsheet kerana lebih mudah untuk nak urus data.

Untuk buat spreadsheet, klik pada ikon ‘spreadsheet’:

ikon spreadsheet
Ikon ‘spreadsheet’ dalam tab Responses.

Kemudian pilih ‘Create a new spreadsheet ….’

Dan klik create.

create a new spreadsheet
Create spreadsheet untuk terima jawapan google form.

Lepas anda create akan keluar paparan di tab baru seperti ini:

paparan spreadsheet untuk kumpul data dari borang
Paparan spreadsheet untuk kumpul data dari borang google form.

Spreadsheet ini akan disimpan di Google drive anda.

Dan anda boleh akses bila-bila masa sahaja untuk tengok data yang diperolehi daripada google form anda.

7 Cara untuk edarkan borang

Borang sudah siap, cara terima pun sudah siap.

Selanjutnya, bagaimana cara pengguna boleh akses borang ini?

Kita boleh edarkan borang ini melalui beberapa cara.

Klik pada butang ‘Send‘

butang send google form

Dan kita boleh lihat 3 pilihan cara untuk edarkan borang:

  1. Hantar melalui email
  2. Akses melalui link
  3. Embed di laman web jika ada
pilihan cara edar borang google form
Pilihan cara edar borang google form.

Antara ketiga-tiga cara ini, paling mudah adalah dengan menggunakan link.

Kita hanya perlu kongsikan link borang kita dengan mana-mana pengguna.

Dengan link tersebut mereka boleh akses borang kita.

Klik pada pilihan link.

Anda boleh nampak link untuk borang google form anda.

Jangan lupa, tik pada kotak ‘Shorten url’.

edar borang guna link
Edar borang google form guna link.

Selanjutnya, anda boleh copy, simpan link ini dan kongsikannya pada pengguna/responden melalui cara seperti whatsapp dan sebagainya.

Dengan ini anda sudah siap buat Google form.

Sebenarnya agak mudah bukan?

Terdapat beberapa setting lain yang mungkin berguna untuk borang anda.

Kita boleh lihat sini:

8 Setting lain berkaitan

Bahagian setting kita boleh akses melalui ikon ‘gear’ di atas borang kita:

akses ke setting borang google form

Dalam bahagian setting General kita boleh:

  • Pilih untuk kumpulkan email pengguna
  • Set pengguna untuk hanya boleh jawab sekali sahaja (pengguna perlu login akaun google)
  • Set pengguna untuk boleh ubah jawapan selepas submit atau lihat ringkasan jawapan yang ditulisnya.
Bahagian setting General Google Form
Bahagian setting General ‘Google Form’.

Jika kita nak buat google form jenis quiz, boleh aktifkan melalui setting ‘Quizzes‘.

Kongsikan post ini jika bermanfaat pada anda!

Kongsikan post ini:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Reader Interactions

Comments

  1. Hayati says

    June 13, 2021 at 11:17 PM

    Terima kasih banyak2 atas perkongsian yang mudah difahami dan sangat bermafaat.

    Reply
  2. AZIZ BIN A.HAMID says

    June 26, 2021 at 10:21 PM

    Tqvm cg, mmg mmbantu sgt guru tua mcm saya ni… Senang dan mudah dfahami…
    Terima kasih sekali lg.

    Reply
    • B. L. Joseph says

      June 27, 2021 at 11:34 PM

      Sama-sama… gembira dapat membantu.

      Reply
      • sazulisah says

        June 6, 2024 at 6:10 PM

        terima kasih di atas perkongsian yang sangat berguna.

        Reply
  3. Kmasran says

    June 30, 2021 at 1:58 PM

    sangat-sangat membantu, mohon share link ini

    Reply
    • B. L. Joseph says

      July 3, 2021 at 3:17 AM

      Silakan tuan. Gembira dapat membantu.

      Reply
  4. Muhamad Solahuddin bin A. Rani says

    July 3, 2021 at 10:55 AM

    terima kasih . sangat membantu.

    Reply
  5. izzah says

    December 8, 2023 at 3:30 PM

    terima kasih ilmu nya, sangat bermanfaat untuk sy yg pertama kali nak buat 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Hustle Drops Sport Boost

Hustle Drop Sport Boost

Post Popular di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat - Jangan Tertipu

Google Ads

Post terbaru di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat – Jangan Tertipu

Advertisement

kad bank skin

Footer

Siapa Bromoden?

laman web Bromoden

Bromoden mengongsikan tips, panduan, rujukan, review yang boleh membantu anda untuk menjalani kehidupan moden, memanfaatkan teknologi semasa untuk menjadikan kehidupan kita lebih senang. Lihat maklumat lanjut tentang Bromoden.

Kategori bacaan

  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media
  • Internet / Online
  • Komputer / Software
  • Review / Cadangan

Menu penting

  • Laman Utama
  • Tentang Bromoden
  • Hubungi
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Terma dan Syarat

- Copyright © 2025 · Bromoden -