• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
logo bromoden

Bromoden

Teknologi mudahkan hidup

  • Laman utama
  • Internet / Online
  • Review / Cadangan
  • Komputer / Software
  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media

Cara Buat Link WhatsApp di Facebook

October 8, 2023 by B. L. Joseph | Kategori: Internet / Online

Cara Buat Link WhatsApp di Facebook

Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364

Link WhatsApp dalam Facebook penting untuk bisnes online.

Jika anda menjual produk atau servis secara online dan menggunakan facebook sebagai medium, link WhatsApp sangat penting.

Ia menyenangkan customer nak WhatsApp kita.

Tak perlu susahkan mereka nak salin dan save nombor untuk hantar WhatsApp.

Untuk cara ini kita gunakan cara buat link WhatsApp rasmi yang diperkenalkan oleh WhatsApp sendiri.

Lebih ringkas dan selamat.

Dalam post ini kita lihat bagaimana cara untuk:

  1. Buat link WhatsApp dalam Facebook post
  2. Buat link WhatsApp dalam butang Facebook Page
  3. Buat butang WhatsApp dalam ‘Boost Post’

Teruskan membaca.

1. Cara buat link WhatsApp dalam Facebook Post

Pertama sekali sediakan dahulu link WhatsApp anda.

Cara untuk buat link WhatsApp ada diterangkan dalam laman web rasmi WhatsApp. Cuma kurang spesifik.

Berikut saya ringkaskan caranya untuk nombor Malaysia untuk rujukan @ panduan anda:

  • Gunakan struktur utama ini: https://wa.me/6
  • Kemudian tambah nombor anda: https://wa.me/60184257745
  • Letakkan ia dalam post Facebook @ Facebook Page anda
  • Dan link anda siap untuk digunakan.

Contohnya jika nombor anda 0184257745 link anda akan menjadi seperti ini: https://wa.me/60184257745.

Jika nak senang, anda boleh gunakan pembuat WhatsApp ringkas yang saya sediakan sini:

Saya buat berdasarkan prosedur rasmi dari pihak WhatsApp.

Mudah bukan?

Masa anda letak link tersebut dalam post Facebook akan keluar paparan kotak link seperti ini:

paparan kotak link pada WhatsApp

Klik pada ‘X’ untuk buang kotak tersebut, kerana tak berapa elok kelihatan, mengganggu post kita.

Paparan akhir akan kelihatan seperti ini:

contoh paparan whatsapp link di facebook

Link WhatsApp anda berwarna biru, bermaksud ia boleh diklik dan digunakan.

2. Cara buat link WhatsApp dalam butang Facebook Page

Jika anda mempunyai Facebook Page, terdapat butang yang boleh diklik kelihatan seperti ini:

butang di facebook page yang boleh dimasukkan link.

Anda boleh set butang ini dan masukkan link WhatsApp anda.

Caranya seperti berikut:

Masuk ke dalam facebook page milik anda.

Pada bahagian atas terdapat butang biru yang anda boleh edit.

(dibawah cover foto, sebelah kanan)

lokasi butang learn more di facebook page

Klik butang tersebut dan pilih setting seperti berikut:

setting butang whatsapp facebook page

Kemudian tekan butang ‘Next‘, dan klik pada ‘Website link‘:

setting butang whatsapp facebook page

Seterusnya masukkan link WhatsApp anda dan save.

Cuma satu sahaja, kita tak boleh ubah nama butang tersebut, butang ‘Learn More‘.

3. Cara Guna butang WhatsApp dalam ‘Boost Post’

Cara ini hanya boleh digunapakai dalam facebook page milik anda.

Anda boleh letak butang ‘Send Message’ WhatsApp dalam post anda.

butang send message whatsapp dalam facebook post

Cuma cara ini memerlukan sedikit belanja.

Tapi jika dilakukan dengan betul ia sangat menguntungkan lebih-lebih lagi untuk mereka yang bisnes.

(Anda boleh boost post dengan bajet serendah RM4 sehari)

Caranya seperti berikut:

Buat post baru dalam facebook page bisnes anda kemudian publish.

(atau boleh pilih mana-mana post yang sudah sedia ada)

Klik pada butang ‘Boost Post‘

Paparan setting untuk boost post akan keluar.

Dalam bahagian ‘POST BUTTON’ klik pada butang pilihan dropdown untuk memilih ‘Send WhatsApp Message’.

pilih butang whatsapp message

Seterusnya masukkan nombor WatsApp anda dalam ruangan yang diberikan.

Kod verifikasi akan dihantar ke WhatsApp anda.

Selesai semua setting tekan pada butang ‘Boost’ dan selesai.

Setiap kali pelanggan yang berminat menekan butang yang disediakan, ia akan terus masuk ke WhatsApp.

Semoga post cara buat link whatsapp di facebook ini dapat membantu anda!

Kongsikan post ini:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Hustle Drops Sport Boost

Hustle Drop Sport Boost

Post Popular di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat - Jangan Tertipu

Google Ads

Post terbaru di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat – Jangan Tertipu

Advertisement

kad bank skin

Footer

Siapa Bromoden?

laman web Bromoden

Bromoden mengongsikan tips, panduan, rujukan, review yang boleh membantu anda untuk menjalani kehidupan moden, memanfaatkan teknologi semasa untuk menjadikan kehidupan kita lebih senang. Lihat maklumat lanjut tentang Bromoden.

Kategori bacaan

  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media
  • Internet / Online
  • Komputer / Software
  • Review / Cadangan

Menu penting

  • Laman Utama
  • Tentang Bromoden
  • Hubungi
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Terma dan Syarat

- Copyright © 2025 · Bromoden -