• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
logo bromoden

Bromoden

Teknologi mudahkan hidup

  • Laman utama
  • Internet / Online
  • Review / Cadangan
  • Komputer / Software
  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media

Cara Daftar Shopee Sebagai Penjual [Edisi 2023]

February 27, 2023 by B. L. Joseph | Kategori: Internet / Online

Cara Daftar Shopee Sebagai Penjual

Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364

Bagaimana cara nak jadi Seller di Shopee?

Disini kita akan lihat bagaimana cara daftar Shopee sebagai seller.

Disertakan gambar sebagai rujukan.

Dengan pendaftaran yang mudah ini, kita boleh mula berniaga.

Isi Kandungan Sembunyikan
1 Log in masuk guna akaun pembeli Shopee
2 Pergi ke bahagian ‘Seller Centre’
3 Lengkapkan bahagian ‘Shop Profile’
4 Lengkapkan bahagian ‘Shipping Setting’
5 Set bahagian Pick up dan Return Address
6 Set bahagian Payment
7 Masukkan produk yang nak dijual
Kongsikan post ini:

Terima kasih kepada platform Shopee.

Tidak perlu lesen, tidak perlu kedai, tidak perlu sibuk pm tepi dan bisnes kita beroperasi 24 jam setiap hari.

(Tapi disarankan kita ambil juga lesen untuk jangka masa panjang ya..)

Cuma perlu ada produk, internet, smartphone, laptop/pc dan printer untuk menjalankan perniagaan anda.

(Printer mungkin digunakan untuk print dokumen shipping & logistic. Atau print dekat kedai?)

Mari daftar sebagai Shopee seller sekarang!

PENTING: Sila gunakan laptop / komputer untuk proses pendaftaran dan posting produk untuk pertama kali. Untuk lebih mudah dan elakkan kesilapan.

1 Log in masuk guna akaun pembeli Shopee

Jika anda nak jadi seller, besar kemungkinan anda suda mempunyai akaun pembeli Shopee.

(akaun yang anda guna untuk beli barang di Shopee)

Teruskan untuk login ke akaun anda.

butang login shopee
Butang login di Shopee

Jika anda belum mempunyai akaun pembeli Shopee, anda boleh buat satu dengan mudah.

Hanya perlu klik pada butang ‘Sign Up‘ disebelah butang Login tadi.

Untuk buat akaun anda boleh guna nombor telefon anda atau akaun akaun facebook, Google:

daftar akaun baru shopee
Boleh daftar akaun guna nombor telefon, akaun Facebook, Google atau Apple.

Proses pendaftaran agak mudah dan lurus sahaja.

Siap daftar terus login masuk ke akaun pembeli Shopee anda.

2 Pergi ke bahagian ‘Seller Centre’

Lepas login, klik pada menu ‘Seller Centre‘.

Menu ini terletak di penjuru atas kiri paparan laman Shopee.

lokasi menu seller centre di shopee
Lokasi menu ‘Seller Centre’ di Shopee.

Halaman untuk seller centre akan di buka di new tab.

Paparan notifikasi ‘Term of Service‘ akan muncul.

paparan term of service
Paparan Shopee Term of Service.

(disarankan anda baca term sebelum accept)

Tik pada kotak ‘I have read…‘ dan klik pada butang Accept untuk teruskan.

Berikut merupakan contoh paparan Shopee Seller Centre anda:

Paparan seller centre di Shopee
Paparan Seller Centre di Shopee.

Sebelum mula menjual terdapat beberapa perkara yang kita kena siapkan.

3 Lengkapkan bahagian ‘Shop Profile’

Menu ‘Shop Profile‘ terletak diantara barisan menu yang terletak disebelah kiri paparan Shopee Seller Centre.

Skrol sedikit kebawah dan anda jumpa ‘Shop profile’:

menu shop profile
Lokasi menu Shop Profile.

Klik pada menu tersebut.

Berikut merupakan contoh paparan bahagian ‘Shop Profile’:

Paparan bahagian shop profile
Paparan bahagian ‘Shop Profile’.

Untuk kelihatan lebih profesional & dipercayai, kita kena lengkapkan bahagian ini.

Kita bagi masuk:

  • Gambar profile atau logo
  • Cover photo
  • Nama kedai (Letak nama yang boleh dipercayai)
  • Image dan Videos jika ada yang berkaitan
  • Shop Description

Semua ini akan kelihatan jika pembeli ‘View shop‘ kedai anda.

Bagaimana jika kita tak ada idea nak isi masuk apa?

Jangan bimbang, kita ada banyak ‘bahan rujukan’ di Shopee.

Cuba fikirkan apa produk yang anda nak jual, kemudian search dekat Shopee.

Pilih produk yang laris, kita lihat profile penjualnya dan mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan.

Gambarnya, ayatnya, nama kedainya…

(Copy dan ubah sedikit apa salahnya…)

Siap bahagian profile, kita lengkapkan bahagian seterusnya:

4 Lengkapkan bahagian ‘Shipping Setting’

Menu ‘Shipping Setting‘ terletak dibawah bahagian ‘Shipment’:

menu shipping setting
Lokasi menu ‘Shipping Setting’.

Teruskan untuk klik menu tersebut.

Berikut merupakan contoh paparan ‘Shipping Setting’:

paparan shipping setting
Contoh paparan bahagian ‘Shipping Setting’.

Disini kita boleh pilih Shopee Supported Logistics / Shipping channel (Courier servis) yang anda nak gunakan.

Sebelum pilih, kita kena pastikan shipping channel tersebut tersebut available dikawasan kita.

Contohnya jika di kawasan anda hanya terdapat City Link express dan J&T, pilih 2 tersebut sahaja.

Untuk bagi ‘enable’, klik pada toggle button di sebelah pilihan Shopee Supported Logistics:

toggle button enable shipping channel
Toggle button untuk enable shipping channel.

Selain daripada shipping channel yang disediakan, kita juga boleh pilih shipping channel lain.

Tetapi, kena apply dahulu.

Kita kena apply untuk ‘Non-Shopee Supported Logistics (Non-SSL) shipping channels‘.

Selalunya kita akan apply untuk option ini jika:

  • Kita gunakan sistem penghantaran tersendiri
  • Produk yang kita nak jual tidak diterima oleh shipping channel yang disediakan oleh Shopee
  • Kita jual digital produk – tiada shipping diperlukan

Untuk apply anda boleh gunakan borang klik pada link yang diberikan dalam Shipping setting:

link untuk Non-Shopee Supported Logistics Application Form
Link untuk Non-Shopee Supported Logistics Application Form.

Setelah lulus, barulah boleh masukkan cara shipping pilihan.

5 Set bahagian Pick up dan Return Address

Kita kena set alamat untuk pick-up dan juga return.

Penting untuk shipping logistic.

Untuk set, klik pada menu ‘My Addresses‘

Pilih alamat untuk pick-up atau return barang kemudian klik pada ‘Edit‘:

edit address shopee
Pautan edit untuk alamat di Shopee.

Seterusnya tik pada pilihan pickup dan juga return:

set alamat untuk pick up dan return
Pilihan set alamat untuk Pickup dan Return barang.

6 Set bahagian Payment

Jangan lupa set bahagian payment.

Jika produk kita dibeli, duit akan masuk di bahagian wallet Shopee.

Kemudian barulah kita boleh withdraw ke akaun bank.

Semuanya boleh set dekat sini.

Pertama sekali, pergi ke menu:

Finance > Payment Settings

menu payment setting

Untuk kali pertama, kita kena set dahulu ‘Seller balance pin‘.

set seller balance pin

Klik pada butang ‘Create‘ untuk set.

Kemudian masukkan pin pilihan anda.

Untuk pin, hanya boleh guna nombor dan mesti 6 angka.

Contohnya: 123456 atau 456789.

Simpan pin tersebut untuk kegunaan anda kemudian.

Seterusnya pergi ke menu:

Finance > Bank Accounts.

Paparan bahagian bank akaun kelihatan seperti ini:

paparan add bank account

Teruskan klik pada bahagian ‘Add Bank Account‘ untuk masukkan akaun bank anda.

Dan masukkan butir-butir bank anda dalam ruangan yang disediakan seperti berikut:

set butir butir akaun bank

Save akaun bank dan kedai Shopee sudah siap.

Seterusnya hanya perlu masukkan produk yang nak dijual.

7 Masukkan produk yang nak dijual

Untuk masukkan produk, klik pada menu ‘Add New Product‘:

menu add new produk

Paparan ‘Add new product’ kelihatan seperti berikut:

paparan add new products
Paparan ‘Add a New Product’.

Untuk bahagian pertama ini isikan nama dan kategori produk anda.

Jika anda tidak pasti atau kategori produk anda tiada dalam senarai, pilih ‘others‘.

Klik pada butang ‘next‘ untuk ke bahagian butir-butir produk.

Terdapat 5 bahagian yang perlu kita lengkapkan:

  1. Basic information
  2. Sales Information
  3. Media Management
  4. Shipping
  5. Others

Gambaran paparan untuk produk info kelihatan seperti berikut.

Tiada yang mengelirukan.

Bahagian Basic Information
Bahagian Basic Information.
Bahagian Sales Information
Bahagian Sales Information.
Bahagian Media Management
Bahagian Media Management.

Untuk bahagian media management ini, cover photo adalah foto utama produk anda.

Bahagian Shipping
Bahagian Shipping.
Bahagian Others
Bahagian Others.

Info untuk setiap bahagian juga akan terpapar di ruangan infomasti sebelah kanan:

ruangan info tambahan
Paparan info akan kelihatan untuk setiap ruangan yang nak di lengkapkan sebagai rujukan.

Siap ini jangan lupa klik pada butang ‘Save and Publish‘.

Dan kedai anda suda siap untuk beroperasi!

Selanjutnya anda hanya perlu menguruskan order jika pembeli beli barang anda melalui menu Order dan Shipment.

Hasil jualan anda boleh dilihat dibahagian Finance.

Selamat maju jaya!

Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda ya.

Kongsikan post ini:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Hustle Drops Sport Boost

Hustle Drop Sport Boost

Post Popular di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat - Jangan Tertipu

Google Ads

Post terbaru di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat – Jangan Tertipu

Advertisement

kad bank skin

Footer

Siapa Bromoden?

laman web Bromoden

Bromoden mengongsikan tips, panduan, rujukan, review yang boleh membantu anda untuk menjalani kehidupan moden, memanfaatkan teknologi semasa untuk menjadikan kehidupan kita lebih senang. Lihat maklumat lanjut tentang Bromoden.

Kategori bacaan

  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media
  • Internet / Online
  • Komputer / Software
  • Review / Cadangan

Menu penting

  • Laman Utama
  • Tentang Bromoden
  • Hubungi
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Terma dan Syarat

- Copyright © 2025 · Bromoden -