• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
logo bromoden

Bromoden

Teknologi mudahkan hidup

  • Laman utama
  • Internet / Online
  • Review / Cadangan
  • Komputer / Software
  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media

Bagaimana Cara Format Handphone Android?

October 15, 2023 by B. L. Joseph | Kategori: Apps / Gajet

Cara Format Handphone Android

Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364

Cara selamat agar data / fail tidak hilang.

Seperti komputer, handphone juga boleh diformat atau istilah lainnya – factory reset.

Tidak kiralah apa jenis handphone – samsung, lenovo, huawei, asus, oppo dan sebagainya, asalkan ia android, cara format telefon hampir sama sahaja.

Setelah selesai format hp, keadaan handphone anda kembali seperti keadaan asal sewaktu anda mula-mula beli dahulu.

Post ini membincangkan panduan lengkap cara nak format handphone bermula dari:

Isi Kandungan Sembunyikan
Buat Backup Data Handphone Anda
Lakukan Format / Factory Reset
Restore Semula Backup Pada Handphone
Kongsikan post ini:

Teruskan membaca.

Kenapa mahu format handphone?

Dalam kebanyakkan kes, kita format handphone disebabkan oleh 2 perkara berikut:

  1. Buat backup dan padam data dalam phone sebab nak jual
  2. Untuk kembalikan kemampuan asal handphone tersebut

Jika anda menjual handphone tersebut, anda perlukan back-up fail dan data anda untuk handphone yang baru.

Jika disebabkan oleh prestasi handphone yang semakin lemah, anda tetap perlukan backup untuk contact no, data dan fail anda.

Apa sebab pun kita pasti perlu tahu cara betul untuk buat backup dan format.

Mari kita lihat satu persatu cara untuk format handphone android ini.

Buat Backup Data Handphone Anda

Untuk buat backup lengkap, kita gunakan kombinasi beberapa cara seperti berikut:

1. Backup data guna Android backup services

Android backup servis akan membuat backup untuk data anda seperti contact number, setting sistem, apps, password wifi.

Backup dibuat secara automatik ke dalam google drive atas nama akaun google anda.

Berikut merupakan cara-cara untuk mengaktifkan dan menggunakan Android backup services

  1. Buka bahagian setting pada handphone anda.
  2. Pergi ke bahagian System > Backup & resetsetting google backup
  3. Pilih Back up my databackup data google account
  4. Tukarkan @ pastikan ia dalam keadaan On
  5. Periksa bahagian Backup account, pastikan ia betul @ akaun google anda.
  6. Pergi ke bahagian Automatic restore (dibawah Backup account), pastikan ia dalam keadaan On, berwarna hijau.

2. Backup foto dan video guna Google Photos (Pilihan 1)

Foto dan juga video anda tidak dapat dibackup menggunakan Android backup servis.

Ia memerlukan bantuan daripada salah satu lagi apps keluaran google yang dikenali sebagai Google Photos.

Pastikan anda mempunyai apps ini dan juga sambungan internet.

Gunakan WIFI jika ada kerana aktiviti backup foto dan video ini akan memakan data yang agak besar.

Berikut caranya:

  1. Buka aplikasi Google Photos 
  2. Pada bahagian atas, pilih menu 
  3. Pergi ke bahagian Settings > Backup & sync
  4. Pastikan Back up & Sync dalam keadaan aktif, berwarna biru
  5. Pastikan Backup account betul, akaun google anda.
  6. Aplikasi anda akan mula membuat backup.

Process ini mungkin akan mengambil masa bergantung pada jumlah foto dan video dalam handphone anda.

Jika terlalu banyak foto atau video atau data internet tidak mencukupi anda boleh guna cara manual:

3. Backup foto dan video secara manual (Pilihan 2)

Anda perlukan kabel USB dan juga komputer/Laptop.

Caranya seperti berikut:

  1. Sambung kan handphone anda ke komputer menggunakan kabel USB.
  2. Notifikasi pilihan akan muncul pada handphone anda seperti berikut: notifikasi usb
  3. Pilih transfer files (MTP). Berikan komputer anda beberapa ketika untuk membuat setting @ mengenali handphone anda.
  4. Pergi ke My Computer  atau This PC pada komputer anda.
  5. Pilihan untuk handphone anda akan muncul. Nama handphone adalah bergantung pada jenis handphone anda.contoh handphone dalam paparan komputer
  6. Klik pada ikon handphone anda.
  7. Pilih Internal Storage > DCIM. Senang cerita, copy semua fail yang ada dalam DCIM ke dalam komputer anda.

4. Backup data foto dan video untuk apps

Kebiasaannya apps mempunyai sistem backupnya tersendiri.

Contohnya aplikasi WhatsApp mempunyai sistem backup sendiri.

Jika tiada, kesemua fail jenis gambar atau video boleh dibackup menggunakan aplikasi Google Photos diatas.

Jika anda tidak berpuas hati atau bimbang, anda boleh melakukan backup secara manual seperti berikut.

  1. Ulang semula langkah backup foto dan video secara manual dari langkah 1 hingga 6.
  2. Cuba periksa fail yang berkaitan dengan mana-mana aplikasi yang anda gunakan dan copy fail gambar atau video untuk backup.
  3. Contohnya untuk aplikasi CamScanner, pilih fail CamScanner dan copy fail images.

5. Backup data Apps

Jika anda telah mengaktifkan Android Backup Services seperti yang dinyatakan pada awal post ini, bermakna kesemua aplikasi anda juga telah dibackup.

Ini termasuklah setting apps anda, terutama pada aplikasi games.

Anda tidak perlu risau kehilangan level atau terpaksa bermula dari level 0.

Akan tetapi, jika ada antara permainan yang mana anda tidak sambungkan pada akaun Google anda (akaun Guest), ia akan hilang.

Sambungkan terlebih dahulu dengan akaun Google.

6. Backup WhatsApp

Oleh kerana WhatsApp agak popular, berikut saya sediakan panduan khas untuk WhatsApp:

Pastikan anda mempunyai sambungan internet.

  1. Buka WhatsApp
  2. Pada bahagian atas kanan, tekan menu. menu whatsapp
  3. Pilih Setting > Chats > Chat backupsetting whatsappsetting chat whatsappchat backup
  4. Pastikan akaun anda betul – akaun google andapastikan setting email anda
  5. Tekan butang BACK UP.

Process ini akan mengambil masa dan juga akan menggunakan data internet anda.

Jika anda mahu membuat backup secara manual ikuti cara berikut.

WhatsApp backup manual

  1. Rujuk pada bahagian Backup foto dan video secara manual pada bahagian sebelum ini.
  2. Ulang langkah 1 hingga 6.
  3. Di dalam internal storage pilih fail WatsApp.
  4. Copy 2 fail berikut: Databases dan Media
  5. Simpan fail berikut di tempat selamat dalam komputer anda.

Siap bahagian backup, boleh teruskan ke cara format.

Lakukan Format / Factory Reset

Cara untuk format atau factory reset ringkas saja, seperti berikut.

Paling penting, sebelum mula format atau factory reset, pastikan:

  • Bateri handphone anda sekurang-kurangnya 80%
  • Keluarkan external memory card
  • Keluarkan Kad SIM telefon

Bergantung pada jenis handphone, format mungkin tidak dapat dilakukan jika salah satu syarat diatas tidak dipenuhi.

Berikut pilihan cara untuk format:

Pilihan 1: Factory reset dari setting

  1. Pergi ke bahagian Setting handphone anda.
  2. Pergi ke bahagian System > Backup & Reset.
  3. Pilih Factory data reset.
  4. Notifikasi sebelum yang menyatakan ini dan itu akan dipadamkan akan muncul, seperti berikut:
  5. Tekan Reset phone untuk meneruskan
  6. Jika handphone anda mempunyai password atau pattern password, anda akan di minta untuk memasukkan sebelum meneruskan.
  7. Tekan Erase everything.

Ada kalanya handphone kita membuat hal dan tidak boleh factory reset dengan cara biasa.

Untuk keadaan seperti ini cuba factory reset melalui mod recovery.

Pilihan 2: Factory reset dari mod recovery

Cara untuk akses mod recovery mungkin berbeza-beza mengikut jenis handphone. Untuk akses mod recovery cuba setiap cara berikut hingga berjaya:

  • Tekan dan tahan butang power dan butang kecilkan suara dengan serentak selama beberapa ketika.
  • Tekan dan tahan butang power, butang kecilkan suara, dan butang home dengan serentak untuk beberapa ketika.
  • Tekan dan tahan butang power dan butang besarkan suara dengan serentak untuk beberapa ketika.
  • Tekan dan tahan butang kecilkan suara dan besarkan suara dengan serentak untuk beberapa ketika.
  • Tekan dan tahan butang kecilkan suara, selepas beberapa ketika tekan butang on dan jangan lepaskan butang kecilkan tadi sehingga mod recovery muncul.

Jika anda tidak dapat mengakses recovery mode menggunakan cara diatas, cuba minta bantuan encik google.

Mungkin post Cara guna Google Advanced Search dapat membantu anda.

Mod recovery untuk android secara amnya kelihatan seperti berikut:

contoh paparan mod recovery android.
Contoh paparan mod recovery android.

Mungkin juga berbeza, mengikut jenis android.

Berikut merupakan cara untuk factory reset dari mod recovery:

  1. Gunakan butang pembesar dan pengecil suara untuk mengerakkan pilihan ke atas/bawah.
  2. Pilih wipe cache partition, tekan yes, kemudian tunggu hingga selesai.
  3. Selepas selesai pilih wipe data/factory reset, tekan yes, kemudian tunggu hingga selesai.
  4. Pilih reboot system now untuk meneruskan.

Sila ambil maklum, start-up pertama handphone selepas format/factory reset mengambil masa agak panjang sedikit.

Kita tunggu dengan sabar.

Restore Semula Backup Pada Handphone

Sama ada kita restore pada handphone baru atau handphone yang kita format tadi, caranya seperti berikut:

1. Restore guna Android backup services

Android backup services adalah papran pertama yang akan anda jumpa selepas format handphone.

Berikut merupakan panduan menggunakan fungsi ini.

  1. Pilih bahasa dan tekan anak panah dalam bulatan kuning untuk meneruskan. android-restore-welcome
  2. Sambungkan kepada WIFI. (untuk muat turun backup yang anda buat)
  3. Tekan NEXT untuk meneruskan.
  4. Paparan seperti dibawah akan muncul.android-restore-choose-device
  5. Untuk tujuan restore semula, pilih No thanks.
  6. Anda akan diminta untuk memasukkan butir-butir akaun google anda, username(email anda) dan password.
  7. Tekan NEXT untuk meneruskan.
  8. Paparan berikut akan muncul, pastikan semua pilihan aktif.android-restore-term
  9. Seterusnya paparan berikut akan muncul, meminta anda memasukkan email lain selain google jika ada, pilih Not now untuk menyenangkan.android-restore-email-lain
  10. Seterusnya paparan berikut akan muncul, meminta anda untuk mengaktifkan sistem perlindungan untuk handphone anda. Aktifkan ikut pilihan anda.
  11. Teruskan sehingga anda sampai ke bahagian restore yang bertajuk “Which device“.
  12. Pilih restore daripada “Nama handphone anda“, backup yang anda buat. Tekan simbol ” > ” untuk meneruskan.android-restore-choose-backup
  13. Paparan seperti berikut akan muncul.android-restore-apps
  14. Di sini, anda boleh memilih untuk menginstal semula semua aplikasi anda yang telah dibackup ataupun memilih aplikasi tertentu sahaja.
  15. Jika anda ingin menginstall kembali semua aplikasi, tidak perlu buat apa-apa perubahan pada bahagian ini. Terus sahaja tekan RESTORE.
  16. Jika anda tidak mahu menginstall semua aplikasi, hanya aplikasi tertentu, tekan Restore all xx apps untuk membuka bahagian pilihan.
  17. Tandakan (tik) aplikasi yang anda ingin install, setelah selesai teruskan dengan menekan RESTORE.
  18. Tunggu sehingga proses restore selesai. Proses ini mengambil masa untuk siap…
  19. Paparan berikut akan muncul setelah proses ini selesai.Android-restore-complete

Setelah selesai, terdapat satu lagi perkara yang perlu dilakukan, iaitu proses install dan update apps.

Pastikan anda menggunakan WIFI kerana proses ini akan memakan data dalam jumlah yang agak besar bergantung pada jumlah aplikasi yang anda pilih untuk restore.

Contohnya, (bergantung pada kelajuan WIFI) proses untuk restore semula 54 Apps mengambil masa dalam 4 jam.

Silalah bersabar…

2. Restore foto dan video guna Google Photos

Cara untuk restore foto dan video anda menggunakan Google Photos adalah sangat mudah, seperti berikut:

  1. Pastikan anda sudah install aplikasi Google Photos.
  2. Buka aplikasi Google Photos.
  3. Paparan berikut akan muncul. Google Photos akan menggunakan akaun google yang anda telah setkan.Google-photos-restore-1
  4. Tekan DONE untuk meneruskan.
  5. Paparan seterusnya akan menyatakan saiz kesemua foto dan video anda dan memberikan pilihan sama ada Start atau tunggu sehingga ada sambungan WIFI.

3. Restore foto dan video secara manual

Seperti proses backup, anda perlukan kabel USB dan juga komputer atau laptop.

  1. Sambungkan handphone anda kepada komputer/laptop menggunakan kabel USB.
  2. Paparan notifikasi berikut akan muncul pada handphone anda, pilih transfer file (MTP).
  3. Cari dan Copy semula fail foto dan video yang anda backup sebelum ini dalam komputer/laptop anda.
  4. Pergi ke My Computer atau This PC, klik pada ikon handphone anda.
  5. Pilih Internal Storage > DCIM.
  6. Paste kesemua fail tadi dalam DCIM.

4. Restore WhatsApp

Cara untuk restore semula whatsApp juga sangat mudah dan ringkas.

Pertama, anda akan diminta untuk membuat pengesahan no telefon dengan menerima code melalui sms atau pun voice call.

Selepas itu pilihan untuk restore semula WhatsApp daripada google drive akan muncul.

Ikut sahaja arahan yang diberikan.

cara restore semula whatsapp selepas format handphone

Jika anda ikuti setiap langkah diatas dengan betul, saya pasti anda berjaya format dan restore kembali back-up handphone anda.

Kongsikan jika cara format handphone android ini bermanfaat.

Kongsikan post ini:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Hustle Drops Sport Boost

Hustle Drop Sport Boost

Post Popular di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat - Jangan Tertipu

Google Ads

Post terbaru di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat – Jangan Tertipu

Advertisement

kad bank skin

Footer

Siapa Bromoden?

laman web Bromoden

Bromoden mengongsikan tips, panduan, rujukan, review yang boleh membantu anda untuk menjalani kehidupan moden, memanfaatkan teknologi semasa untuk menjadikan kehidupan kita lebih senang. Lihat maklumat lanjut tentang Bromoden.

Kategori bacaan

  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media
  • Internet / Online
  • Komputer / Software
  • Review / Cadangan

Menu penting

  • Laman Utama
  • Tentang Bromoden
  • Hubungi
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Terma dan Syarat

- Copyright © 2025 · Bromoden -