• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
logo bromoden

Bromoden

Teknologi mudahkan hidup

  • Laman utama
  • Internet / Online
  • Review / Cadangan
  • Komputer / Software
  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media

Cara Menggunakan Google Advanced Search

October 8, 2023 by B. L. Joseph | Kategori: Internet / Online

cara menggunakan Google Advance Search

Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364

Untuk pencarian yang lebih cepat dan tepat.

Secara purata kita menggunakan Google Search 4 kali sehari.

Selain daripada taip dan search, adakah anda pernah tahu cara menggunakan Google Advanced Search?

Dengan menggunakan cara search ini, kita boleh mendapatkan apa-apa maklumat yang dikehendaki dengan lebih cepat dan tepat.

Dalam post ini kita akan lihat:

  • Apakah Senarai Google Search Operator
  • Cara Guna Google Search Operator untuk menambahbaik kehidupan harian

Bookmark dan save post ini untuk kegunaan dihari-hari mendatang.

Senarai Google Search Operator

Google search operator adalah huruf, perkataan atau arahan khas yang boleh digunakan dalam Google search untuk hasil pencarian yang lebih tepat.

Berikut merupakan senarai Google Search Operator terkini yang boleh digunapakai:

" " : Untuk pencarian yang hanya mengandungi parameter yang diberikan. Contohnya carian "blog bromoden" hanya akan memberikan keputusan yang mengandungi ayat tepat “blog bromoden”

OR : Untuk pencarian yang sekurang-kurangnya mengandungi salah satu daripada parameter diberikan. Contohnya carian blog OR bromoden akan memberikan keputusan berkenaan dengan “blog” ataupun “bromoden”

| : Sama fungsi seperti OR (diatas).

AND : Untuk pencarian yang hanya mengandungi kombinasi parameter yang diberikan. Contohnya carian blog AND bromoden akan memberikan keputusan yang mana mesti mengandungi “blog” dan “bromoden” dalam page yang sama.

- : Untuk pencarian yang tidak mengandungi parameter yang diberikan. Contohnya carian blog -bromoden akan memberikan keputusan yang mengandungi “blog” tolak blog yang berkaitan dengan “bromoden”.

* : simbol bintang atau Asterisk digunakan untuk menggantikan apa-apa perkataan atau ayat. Contohnya carian blog * bromoden akan memberikan keputusan yang mana mengandungi perkataan “blog” kemudian apa-apa perkataan atau ayat di tengah dan diakhiri dengan perkataan “bromoden”.

( ) : Penggunaan operator ini sama seperti cara penggunaannya dalam operasi matematik. Biasanya digunakan apabila lebih daripada satu operator digunakan. Apa-apa parameter didalam () akan diproses terlebih dahulu sebelum parameter dan operator lain.

define: : Memberikan definisi bagi parameter yang diberikan. Contohnya define:blog akan memberikan definisi tentang ‘blog’.

cache: : Memberikan keputusan ‘copy’ kepada halaman yang kita cari dalam simpanan Google. Sebagai contoh laman web bromoden.com tidak dapat diakses. Dengan menggunakan operator cache:bromoden.com, google akan memberikan hasil carian rakaman terkini laman web tersebut dalam simpanan mereka.

filetype: : Carian untuk jenis fail tertentu contohnya jpeg dan pdf. Contohnya, carian bromoden filetype:jpeg akan memberikan hasil carian bergambar yang mengandungi perkataan ‘bromoden’.

ext: : Sama seperti filetype:.

site: : Untuk hasil carian daripada laman web tertentu. Contohnya carian site:www.bromoden.com internet akan memberikan hasil carian berkaitan dengan perkataan ‘internet’ daripada laman web ‘www.bromoden.com’.

intitle: : Untuk hasil carian yang mana tajuk page mengandungi parameter yang diberikan. Contohnya carian intitle:bromoden akan memberikan keputusan yang mana mempunyai perkataan ‘bromoden’ di dalam tajuknya.

allintitle: : Untuk hasil carian yang mengandungi semua parameter yang diberikan dalam tajuknya. Contohnya carian allintitle:bromoden blog akan memberikan hasil carian yang hanya mengandungi ‘bromoden’ dan ‘blog’ dalam tajuknya.

inurl : Untuk hasil carian yang mana parameter yang diberikan ada dalam url. Contohnya, carian allinurl:bromoden akan memberikan hasil yang mana ‘bromoden’ ada dalam url page tersebut.

allinurl : Sama seperti diatas. Untuk parameter yang lebih daripada satu perkataan.

src: : Untuk mencari halaman yang menggunakan foto dari alamat tertentu. Contohnya carian src:https://www.bromoden.com/images/bromoden.jpeg akan memberikan hasil carian mana-mana page yang menggunakan image tersebut.

Agak panjang senarainya.

Anda mungkin mempersoalkan kenapa mesti mahu merumitkan cara menggunakan google search dengan operator-operator ini sedangkan kita boleh sahaja taip dan search.

Teruskan membaca.

Cara Guna Google Search Operator Dalam kehidupan harian

Berikut merupakan beberapa cara untuk menggunakan Google search operator dalam situasi-situasi yang mana akan memudahkan kehidupan dan aktiviti harian kita.

1 Anda mahu mencari resepi berdasarkan bahan yang ada

Jika anda mahu mencari resepi berdasarkan bahan yang ada didapur anda boleh menggunakan operator intitle, kemudian gunakan operator - untuk menyingkirkan keputusan carian yang menggunakan bahan-bahan yang tiada di dapur anda.

Contohnya, anda mahu memasak ayam kari tetapi bahan-bahan seperti tomato dan yogurt tiada. anda boleh buat carian seperti ini: intitle:resepi kari ayam -tomato -yogurt.

Ini akan memberikan hasil carian resepi kari ayam yang tidak menggunakan tomato dan yogurt sebagai bahan resepi.

‘intitle:resepi kari ayam -tomato -yogurt’ untuk mencari resepi kari ayam tanpa bahan tomato dan yogurt.

2 Anda mahu belajar kemahiran atau hobi baru

Jika anda ingin belajar kemahiran baru, contohnya bermain gitar. Anda boleh menggunakan operator site: untuk mencari bahan atau panduan daripada laman web yang boleh dipercayai.

Sebagai contoh site:www.udemy.com gitar untuk mencari kursus belajar gitar daripada laman terkenal udemy.com.

Google search operator untuk carian dalam laman web tertentu.
Google search operator untuk carian dalam laman web tertentu.

Atau anda boleh mencari bahan pdf yang boleh dicetak terus dengan menggunakan operator seperti ini: filetype:pdf belajar gitar

Google search operator untuk jenis fail tertentu
Google Search Operator untuk mencari jenis fail tertentu.

3 Anda mahu mencari tiket kapal terbang murah

Contohnya anda bercadang untuk terbang ke Tokyo dan mahu mencari harga tiket terbaik. Anda boleh menggunakan search operator seperti ini flights kuala lumpur tokyo (cheap OR discount OR deal OR offer).

google search operator untuk mencari tiket penerbangan murah.
Google Search Operator untuk mencari tiket penerbangan murah.

Ini akan memberikan hasil carian yang mengandungi perkataan seperti cheap, discount, deal dan offer untuk tiket penerbangan ke Tokyo.

4 Anda mahu mencari ebook terbaik untuk bacaan

Contohnya anda mahu mencari ebook berkaitan dengan ‘artificial intelligence’ dalam bentuk pdf dan ebook tersebut tidak berkaitan dengan topik seperti ‘ethics’ atau ‘philosophy’.

Anda boleh menggunakan kombinasi search operator seperti ini: intext:artificial intelligence -ethics -philosophy filetype:pdf.

google search operator untuk ebook
Google Search Operator untuk ebook.

5 Anda mahu membeli laptop 8GB atau 16GB RAM online.

Anda boleh gunakan google dan search operator seperti ini: site:shopee.com.my laptop (8GB OR 16GB).

Ini akan memberikan anda keputusan carian laptop yang mempunyai RAM 8GB dan 16GB di Shopee.

Search operator untuk mencari produk spesifik.
Search operator untuk mencari produk spesifik.

Boleh tukarkan bahagian site untuk periksa di laman web online shopping lain seperti Lazada.

Ada pelbagai lagi kombinasi lain yang boleh anda cuba. Anda boleh fahami dan cuba satu persatu kombinasi Google Search Operator diatas.

Dengan sedikit kreativiti pencarian anda dalam Google akan menjadi lebih pantas dan tepat.

Semoga cara menggunakan Google Advanced Search ini sedikit sebanyak dapat membantu menambahbaik kehidupan harian bersama.

Kongsikan post ini:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Hustle Drops Sport Boost

Hustle Drop Sport Boost

Post Popular di Bromoden

  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • Cara Tukar Limit Maybank2u (Transfer / Debit Kad / ATM)
  • Cara Buat Link WhatsApp di Facebook
  • 10 Cara Melajukan Handphone Android yang Lambat
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Apa itu Google Local Guide? Sangat Menguntungkan Manfaatnya
  • 29 Kelebihan Kad Bigpay - Berbaloi atau tidak?
  • Cara Daftar i-Akaun KWSP secara Online
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]

Google Ads

Post terbaru di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat – Jangan Tertipu

Advertisement

kad bank skin

Footer

Siapa Bromoden?

laman web Bromoden

Bromoden mengongsikan tips, panduan, rujukan, review yang boleh membantu anda untuk menjalani kehidupan moden, memanfaatkan teknologi semasa untuk menjadikan kehidupan kita lebih senang. Lihat maklumat lanjut tentang Bromoden.

Kategori bacaan

  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media
  • Internet / Online
  • Komputer / Software
  • Review / Cadangan

Menu penting

  • Laman Utama
  • Tentang Bromoden
  • Hubungi
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Terma dan Syarat

- Copyright © 2025 · Bromoden -