• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
logo bromoden

Bromoden

Teknologi mudahkan hidup

  • Laman utama
  • Aplikasi
  • Gajet
  • Keselamatan
  • Kewangan
  • 🏷️Offer on the Net

Imvideon: Benar atau Scam? [Review]

June 14, 2020 by B. L. Joseph | Kategori: Keselamatan

imvideon review

Adakah anda benar-benar dibayar untuk melihat video?

Selepas buat review berkenaan dengan JAA Lifestyle (JAAL) saya menerima soalan berikut:

permintaan review videon daripada pembaca

(Terima kasih Eza, tak menyusahkan… kebaikkan bersama)

imvideon.space, lagi satu tawaran hebat yang susah nak dilepaskan.

Selain imvideon, variasi lain yang sama adalah ozivideon, uisvideon dan yang terbaru irvideon.pw.

ketiga-tiga ini adalah benda yang sama.

Benarkah anda boleh buat duit dengan mudah dengan hanya melihat video?

Benar atau scam?

Dalam post ini kita akan lihat dengan terperinci berkenan imvideon ini.

Antara topik yang dibawahkan dalam videon review ini adalah:

Topik: imvideon Review

  • Siapa imvideon?
  • Apa yang ditawarkan oleh imvideon?
  • Boleh keluarkan tak duit imvideon?
  • Adakah imvideon boleh dipercayai?
  • Kesimpulan: Benar atau Scam?

Kita cuba baca dan renungkan…

Siapa imvideon?

Bila menerima url imvideon.space saya terus datang melawat laman tersebut.

Ia kelihatan seperti ini:

paparan laman web videon

Rekabentuk laman ini kelihatan zaman internet mula-mula diperkenalkan dahulu.

(100% design guna html sahaja).

Rekabentuk dan struktur laman juga mudah difahami:

  • Menu
  • Ruangan untuk login dan register
  • Pilihan video

Dekat atas ada terpapar logo dan slogan mereka:

logo im videon

Dan juga iklan mereka:

videon banner

Untuk membuatkan setiap pengunjung tahu bahawa mereka boleh buat duit dengan mudah dengan hanya melihat video youtube.

Terdapat 5 pilihan menu dalam laman tersebut.

Main page, Registration, top payouts, support dan F.A.Q.

Dalam bahagian registration dinyatakan bahawa anda boleh daftar menggunakan akaun media sosial:

register guna akaun sosial

Dinasihatkan agar anda jangan login ke mana-mana laman yang tidak dipercayai menggunakan akaun media sosial.

Pada bahagian bawah laman ini dinyatakan bahawa ia sudah mula beroperasi sejak tahun 2006 lagi…

footer videon menipu

Wow, biar betul syarikat ni…

Kalau sudah beroperasi begitu lama kenapa masih tak popular lagi?

Selalunya kalau benda yang berkaitan dengan ‘duit mudah’ ini cepat tersebar.

Atau mungkin masing-masing tak mahu share, nak simpan sendiri? πŸ€”

Siapa pemilik imvideon?

Dalam laman web mereka tiada dinyatakan siapa pemilik tau orang yang bertanggungjawab.

Tiada page about us, our company dan sebagainya.

Kebiasaan untuk mana-mana syarikat, page about us adalah sangat penting.

Kerana dalam page tersebut mereka berpeluang untuk memperkenalkan diri dan mendapat kepercayaan daripada pelanggan.

Tapi videon tak ada page tersebut…

So, kita tidak tahu siapa disebalik imvideon.space ini.

Saya cuba gunakan aplikasi ‘Who is‘ untuk mencari pemilik laman tersebut tapi maklumat yang ada dirahsiakan.

maklumat pemilik imvideon dirahsiakan

Carian Google juga tak membantu.

Tapi saya menemukan sesuatu.

Terdapat beberapa variasi imvideon.

Selain daripada imvideon.space, terdapat lagi 2 website yang sama. 100% serupa kecuali nama laman sahaja:

  • ozivideon.xyz
  • uisvideon.pw
  • irvideon.pw

Apakah maksud semua ini?

Semua url tersebut mempunyai perkataan videon.

Apa pun alasannya, ini pasti membawa tujuan yang tak baik.

Tak perlu buang masa nak cari siapa pemilik laman ini.

Kita pergi ke topik yang seterusnya.

Apa yang ditawarkan oleh imvideon?

Jika kita lihat paparan dalam menu F.A.Q, ia menyatakan bahawa:

tawaran imvideon

Ia menawarkan video untuk dilihat oleh kita.

Video tersebut kononnya dimiliki oleh syarikat-syarikat besar dan juga blogger terkenal.

Untuk setiap video yang kita lihat, kita akan dibayar:

rate bayaran imvideon

Kononnya, untuk setiap 1 minit video, anda akan dibayar sebanyak USD0.50.

Dan anda berpotensi menjana hingga USD2700 sebulan?

Anda juga berpeluang menjana bonus tambahan jika berjaya mengrekrut ahli baru dibawah anda.

bonus referral imvideon

Jika ada bisnes seperti ini buat apa bersusah payah nak kerja bukan?

Cuma perlu duduk dekat rumah, buka hp atau pc dan tengok video.

Hujung bulan boleh dapat USD2700, lebih kurang RM11,000 lebih ikut kadar pertukaran semasa..

Untuk mengetahui lebih lanjut saya ambil keputusan untuk daftar.

Seperti biasa untuk laman seperti ini saya akan gunakan nama samaran dan email sementara.

Saya pergi ke ruangan ‘registration’, isi maklumat dan siap.

pendaftaran imvideon

Tak ada nak verify email atau verify itu ini.

Boleh terus mula tengok video.

Lalu saya pergi ke laman utama kemudian klik pada video yang paling murah $2.00.

video berbayar imvideon

Tengok sampai habis dan $2.00 tersebut dikreditkan dalam akaun saya.

Mudah sungguh dapat $2.00. Hanya perlu tengok video.

Video yang ditawarkan berbeza-beza ganjarannya.

Video yang ganjaranya $19.50 juga wujud!

pilihan ganjaran video imvideon

Seterusnya:

Boleh keluarkan tak duit imvideon?

Boleh keluarkan tak $2.00 yang saya dapat tadi?

Saya cuba keluarkan tapi tak boleh.

Minimum kalau nak keluarkan kena aktif 50 jam atau at least ada usd100 dalam akaun.

Saya tak dapat tunggu sehingga $100 tu..agak ambil masa.

Maka saya pun cuba taktik short-cut – buka sebiji PC, laptop dan hanphone dalam masa yang sama dan lihat video.

Dalam lebih kurang dekat sejam saya berjaya kumpulkan usd100!

usd100 dalam akaun imvideon

Saya cuba semula untuk keluarkan usd 100 ini.

Klik pada ‘Withdrawal the money’.

Kemudian saya diberikan pilihan cara untuk mengeluarkan seperti berikut:

pilihan pengeluaran imvideon

Saya tak nak masukkan atau berikan butir-butir boleh dikaitkan dengan diri saya.

Tidak boleh pilih paypal, to account bank atau western union.

Saya hanya ada 2 pilihan iaitu melalui mastercard ataupun bitcoin.

Saya pilih Mastercard.

Untuk pengetahuan pembaca saya ada menggunakan prepaid mastercard bigpay.

Kad tersebut saya boleh berhentikan bila-bila masa sahaja jika terdapat sebarang masalah dan tak ada kaitan langsung dengan akaun bank saya.

Saya syorkan saudara dan saudari juga memiliki kad mastercard bigpay ini. Permohonan percuma sahaja. Alternatif terbaik ke arah cashless.

(Boleh baca: Apa itu BigPay)

So, selepas mengisi butir-butir yang diperlukan saya pun submitlah pengeluaran duit imvideon ini.

Dan hasilnya:

pengeluaran imvideon telah diluluskan
The request is approved. You can withdraw your funds!

Yes! Pengeluaran approved!

Eh sebentar, kenapa ada “The request is approved. You can withdraw your funds” lagi?

Bukan tadi sudah submit pengeluaran?

Dan bila saya klik pada butang ‘Continue’, paparan seperti berikut muncul:

syarat pengeluaran imvideon

Nampaknya ada syarat yang saya kena ikut untuk melakukan pengeluaran.

Kena lakukan salah satu syarat ini:

  1. Kena ada sekurang-kurangnya 30 orang bawahan
  2. Beli reference daripada orang lain.

Taktik scammnya dah hampir kenampakkan disini…

Untuk syarat yang pertama, memang tak dapat saya penuhi.

Tak mungkin saya nak promote benda ini.

Saya cuba tengok syarat yang kedua pula.

Saya cuba klik dekat ‘go to reference exchange’:

beli orang bawahan imvideon

Paparan seperti berikut muncul:

imvideon referral exchange

Dia nyatakan sini anda boleh beli orang bawahan daripada orang lain.

Barulah boleh melakukan pengeluaran.

Bila saya klik dekat link BUY, paparan berikut muncul:

beli referal guna bitcoin

Bila anda klik dekat link ‘Instruction…’ ia akan membawa anda ke youtube video yang mana mengajar cara nak beli dan send bitcoin.

Kesimpulannya, untuk withdraw duit kena keluarkan duit dahulu.

Saya nak cuba juga syarat yang pertama tadi.

Kena ada ahli seramai 30 orang.

Saya nak cuba masukkan maklumat palsu menggunakan link referal saya.

Caranya, saya buka window baru dalam pelayar internet menggunakan incognito mode.

Berjaya!

daftar ahli palsu dalam imvideon

Dan ia dikira sebagai 1 referal:

daftar ahli palsu

Langkah seterusnya, saya minta bantuan daripada beberapa orang rakan untuk membuat akaun palsu.

Kemudian lihat lagi sedikit video untuk tambahkan jumlah dalam akaun.

Dipendekkan cerita akaun imvideon saya menjadi seperti ini:

akaun imvideon upgrade

Ada ’32 orang ahli’ dan memenuhi syarat untuk pengeluaran.

Klik punya klik akhirnya sampailah ke paparan ini:

approval time 30 - 60 hari

Kali ini dia kata akaun saya tak approve pula.

Approval proses kena ambil masa 30 – 60 hari.

Oh, ada butang ‘Quick verification’ dekat bawah.

Bila kita klik:

bayaran quick verification

Kena bayar $15 pula untuk verification ni.

Memang terbaiklah admin imvideon ni…πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Scamm tak nak kasi lepas punya…

Kesimpulannya, untuk pengeluaran macana cara sekalipun kita tetap diminta untuk ‘membayar’…

Nak tunggu 30 – 60 hari?

Tak akan sampai hari yang ditunggu tu…

Topik seterusnya:

Adakah imvideon boleh dipercayai?

Jika anda baca post ini dari awal, cuba tanya diri anda:

Anda boleh percaya tak imvideon ini?

Kalau masih nak berkeras untuk percaya, kita bahaskan sedikit lagi.

#1. Kita tak tahu siapa pemilik imvideon ini.

Perkara pertama yang kita nak tahu jika nak sertai sesuatu ialah latar belakang syarikat tersebut.

Siapa pemiliknya, siapa menguruskan, apa sejarahnya…

Untuk imvideon ni tak ada maklumat langsung.

Tak ada page about us atau about our company.

Jika ini adalah bisnes yang sah, kenapa nak sembunyikan perihal syarikat?

Kalau nak yakinkan orang kenalah perkenalkan diri.

Lebih-lebih lagi untuk syarikat seperti ini yang mana menjanjikan pulangan.

#2. Imvideon ini baru sahaja ditubuhkan.

Pada bahagian footer laman web imvideon dinyatakan bahawa syarikat ini kononya telah beroperasi sejak tahun 2006.

footer videon menipu

Dah lebih 10 tahun syarikat ini beroperasi.

Biar benar?

Kenapa tak pernah dengar sebelum ini?

Bila saya cuba periksa dekat ‘who is’ dalam rekod yang diberikan syarikat ini sebenarnya baru sahaja didaftarkan.

Ia didaftarkan pada 19 May 2020.

rekod pendaftaran imvideon

Tak sampai pun sebulan daripada tarikh post ini dibuat.

Mungkin tak direkodkan dalam ‘who is’?

Untuk pastikan perkara ini saya cuba periksa kewujudan laman ini pada masa lalu menggunakan ‘Waybackmachine’.

‘Waybackmachine’ ini adalah aplikasi yang merekodkan kewujudan laman yang pernah wujud.

Kalau imvideon sudah muncul sejak tahun 2006 mustahil tak ada rekod dekat sini.

Keputusannya:

waybackmachine rekod imvideon

Rekod imvideon memang tak wujud.

Maksudnya memang imvideon ini baru sahaja dibuat.

Kenapa nak menipu?

Sebab paling munasabah adalah mungkin mereka nak yakinkan orang, nak buat orang percaya dengan mereka.

#3. Terdapat 3 variasi imvideon.

Selain imvideon.space terdapat dua lagi variasi lain imvideon ini iaitu:

  • ozivideon.xyz
  • uisvideon.pw

Rekabentuk dan isi semua sama sahaja.

Yang berbeza cuma logo dekat atas:

laman uisvideon
Laman uisvideon.pw
laman ozivideon
Laman ozivideon.xyz

Dan yang lagi menarik adalah, jika anda daftar salah satu daripada laman tersebut, anda boleh gunakan butiran yang sama untuk login di kedua-dua laman yang lain.

Menarik bukan?

Ini bermaksud kesemua laman tersebut merujuk kepada server atau fail yang sama.

Kenapa mereka nak buat banyak-banyak?

Mungkin sebagai backup jika salah satu daripada domain mereka disenarai hitamkan di mana-mana negara?

#4. Mereka tak gunakan domain dot com

Saya masih tertanya-tanya, kenapa mereka tak gunakan extension dot com (.com) untuk domain mereka?

Sedangkan nama ketiga-tida nama domain mereka untuk dot com masih available untuk dibeli.

url dot com ozivideon

imvideon.com, ozivideon.com dan uisvideon.com semua masih boleh dibeli @ belum dimiliki oleh siapa-siapa.

Tapi mereka tak ambil.

Mereka pilih pula extension yang jarang orang dengar seperti .xyz .space dan .pw.

Jangan-jangan ni mesti kes scammer tak cukup bajet ni… πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Pemilik imvideon beli domain mereka daripada Namecheap.

Kalau kita lihat dekat namecheap extension .xyz .space dan .pw hanya berharga $1.00 untuk setahun.

Kalau tak cukup bajet bagaimana nak bayar orang?

Selain itu, mungkin mereka pilih nama domain yang jarang digunakan untuk stay lebih lama di arena scammer.

Jika mereka pilih .com kebarangkalian lebih cepat untuk mereka tersebar atau dijumpai dan lebih cepat untuk mereka gulung tikar.

Jika mereka pilih extension yang pelik-pelik, mereka boleh bertahan lebih lama.

Nama mereka tak cepat tersebar.

Jika tersebar hanya dikalangan kumpulan yang mungkin mudah terpedaya dengan taktik ini.

Lebih lama mereka bertahan lebih banyak yang boleh mereka perolehi.

#5. Rekabentuk laman dan kesalahan amatur

Salah satu cara untuk kita mengenalpasti laman scam ini adalah dari segi rekabentuk laman dan juga kesalahan-kesalahan yang dilakukannya.

Jika anda lihat rekabentuk laman imvideon, sangat kelihatan tidak profesional.

Kelihatan seperti laman web purba, tidak responsive dan tidak ada ciri-ciri yang boleh menarik perhatian langsung.

(Daya tarikannya adalah ganjaran yang ditawarkan).

Pendapat saya ini mungkin template yang dijual di pasaran gelap untuk digunakan oleh scammer.

Jika imvideon ini dimiliki oleh syarikat yang sah mustahil mereka tak mahu bagi cantik sedikit laman mereka, bagi nampak profesional sikit.

Lagi satu terdapat banyak kesalahan yang saya jumpa sewaktu membelek-belek laman mereka.

Contohnya dalam bahagian ini:

akaun imvideon upgrade

Dia tulis dekat sana ‘Withdrawal the money’.

‘Withdrawal the money’?

Sedap bunyi Englishnya.

penggunaan bahasa tak betul

Bukankah lebih baik jika mereka letakkan perkataan ‘Withdraw‘ atau ‘Withdraw money’ sahaja. Lagi standard bunyinya.

Contoh lain pada bahagian ini:

bayaran quick verification

Dia kata untuk quick verification kena bayar $15.

Kemudian tiba-tiba dalam butang dekat bawah dia tulis pula ‘I payed $10’.

Bagi diskaun ke apa ni?

Lagi satu, butang yang sama – ‘I PAYED $10’.

PAYED? πŸ˜‚

Memandai saja tambah ED dekat pay.

Mari sini saya tolong betulkan:

pembetulan paparan imvideon

Barulah nampak elok sedikit πŸ˜‚

#6. Ganjaran yang mereka tawarkan tak masuk akal.

Jika anda nak beriklan dekat youtube kosnya adalah lebih kurang $0.10 – $0.30 untuk satu view.

Bagi pemilik video pendapatan purata adalah $4.18 untuk setiap 1 ribu view.

Ganjaran untuk sekali view dapat $2.00 oleh imvideon sangat tak masuk akal.

Banyak persoalan yang tak terjawab dan tak ada lojiknya disitu.

Imvideon kata bayaran diterima daripada pemilik video.

Persoalannya, ada tak pemilik video yang bodoh sangat nak bayar bagi duit dekat orang yang tak bagi pulangan langsung pada mereka?

Sekadar nak tengok video?

Kaya mana sekalipun pemilik video tersebut dia taklah bodoh sangat nak tabur duit percuma yang tak bagi apa-apa pulangan.

Bagi pemilik video, tujuan beriklan adalah dia nak bagi ‘orang yang berminat’ lihat apa yang dia katakan dalam videonya.

Bukan nak bagi orang yang ‘berminat dengan isi poketnya’ lihat video tersebut.

Jika saya adalah pemilik video tersebut saya tak akan partner dengan imvideon.

Nampak laman web mereka pun saya dah cabut.

Lebih baik beriklan terus dengan youtube atau google.

#7. Sistem mereka yang sambil lewa.

Anda boleh guna maklumat palsu untuk daftar.

Tidak ada verification proses untuk memastikan data yang digunakan itu betul.

Tidak ada hantar email verification.

Selalunya apa-apa yang melibatkan kewangan ini prosesnya agak ketat.

Hantar kod melalui sms, verify email dan sebagainya.

Tapi tidak untuk imvideon.space.

Anda boleh buat referal sendiri.

Lagi satu yang agak ketara adalah pada bahagian payment.

Saya pilih cara pengeluaran melalui mastercard, kemudian masukkan 16 nombor 0:

sistem sambil lewa

Juga diterima!

Kalau ya pun nak scam orang buat lah betul-betul.

Untuk pengetahuan bersama nombor mastercard sentiasa bermula dengan nombor 5.

Visa pula bermula dengan 4.

Tapi, yang ini pun mereka tak dapat tapis.

Yalah, buat apa nak tapis, bukan penting pun untuk mereka.

Yang penting bagi mereka hanyalah bahagian bagaimana nak transfer bitcoin ke wallet mereka.

Kesimpulan: Benar atau Scam

Setakat ini apa pendapat anda?

Bagi saya, saya yakin imvideon.space, ozivideon.xyz dan uisvideon.pw ini 99% adalah scam.

1% lagi disebabkan oleh waiting time yang mereka tetapkan 30 – 60 hari.

Tak ada cara nak pastikan selain daripada menunggu.

Jika anda telah terdaftar, tahan diri anda daripada terpedaya dan cuba untuk membayar mereka.

Selalunya bila anda dah bayar, mereka akan cakap ‘sedang proses’ kemudian sampai bila-bila sedang proses.

Atau lagi hebat mereka akan cakap, terdapat sedikit masalah, kena tambah $15 lagi..

Bagi yang belum mendaftar, jangan libatkan diri.

Kalau nak daftar juga gunakan maklumat palsu.

Jika anda nak jadikan persekitaran dunia internet kita lebih selamat anda boleh report laman scam seperti imvideon ke:

Report Phishing Page Google.

Kongsikan imvideon review ini untuk kebaikkan bersama!

Kongsikan post ini:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Reader Interactions

Comments

  1. Ajai Remli says

    July 15, 2020 at 2:19 AM

    Salam bang.. nak tanya.. kalau nak report mengenai jaa lifestyle pun boleh ke kat Report Phishing Page Google ni…

    Terima kasih atas info ny..

    Reply
    • B. L. Joseph says

      July 20, 2020 at 1:59 AM

      Salam sejahtera, sorry lambat reply. Ya boleh. Semua laman web yang meragukan dan meminta apa-apa maklumat yang sepatutnya tak diberikan kita boleh report dekat sini.

      Reply
      • Ajai Remli says

        July 23, 2020 at 7:07 PM

        Ok bang.. terima kasih.. bang, nanti update lagi bang, mengenai2 scammer online yg lain bang.. sy punya group ramai termasuk org2 indonesia.. so ada yg sy tegur diorg.. dan banyak yg sy tunjuk kan bukti2 dari webpage abg ni kat mereka..
        Macam jaa lifestyle dan invideon ni..

        Apa2 pun sy sokong perjuangan abg..
        Dan semoga maju jaya..
        Sentiasa di murah kan rezki..
        Ammiinnnn..

        Reply
  2. AgusH says

    September 4, 2020 at 8:02 AM

    Maklumat yang sangat berguna, menyelamatkan banyak orang yang hampir terperangkap dengan tipu daya kumpulan penipu. Halaman ini dibaca kerana pautan yang berterusan, setelah membaca siaran JAA, yang, saya baru sahaja mendapat mesej masuk ke WA 4 September 2020, meminta untuk bergabung dengan JAA. Terima kasih sekali lagi Bro. sokongan oleh [Gtranslate: indonesia. -> Bahasa Melayu]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

RM9.90 – T-Shirt North Harbour

t-shirt north harbour RM9.90

Post Popular di Bromoden

  • 15 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2022]
  • Adakah anda layak menuntut insentif di bawah seksyen 127?
  • 9 Cara nak Lajukan Laptop / PC Window 10
  • Bagaimana Cara Padam Page Facebook?
  • Cara Buat Link WhatsApp dengan Nama Sendiri
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android Edisi 2021
  • Cara Buat Google Form [Panduan Bergambar]
  • 24 Kelebihan Kad Bigpay (dan Sedikit Kelemahannya)
  • Cara Tukar Limit Maybank2u (Transfer / Debit Kad / ATM)
  • 21 Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2022]

Google Ads

Post terbaru di Bromoden

  • 21 Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2022]
  • Mungkin anda mempunyai wang yang tidak dituntut?
  • 40 Senarai Top Produk di Shopee 11.11 Sale [2021]
  • Senarai Shopee 11.11 Voucher untuk Tahun 2021
  • TIME: Internet Paling Laju di Malaysia
  • 15 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2022]
  • 9 Cara nak Lajukan Laptop / PC Window 10
  • Cara Cepat Copy File Besar di PC [Robocopy]
  • Cara Tukar Teks ke Suara dengan Mudah & Percuma
  • Cara Padam Akaun Facebook Lama yang Lupa Password

Advertisement

t-shirt north harbour RM9.90

Footer

Siapa Bromoden?

laman web Bromoden

Bromoden mengongsikan tips, panduan, rujukan, review yang boleh membantu anda untuk menjalani kehidupan moden, memanfaatkan teknologi semasa untuk menjadikan kehidupan kita lebih senang. Lihat maklumat lanjut tentang Bromoden.

Kategori bacaan

  • Aplikasi
  • Diskaun & Kupon di Internet
  • Gajet
  • Jualbeli
  • Keselamatan
  • Kewangan
  • Servis

Menu penting

  • Laman Utama
  • Tentang Bromoden
  • Hubungi
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Terma dan Syarat

- Copyright © 2023 Β· Bromoden -