• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
logo bromoden

Bromoden

Teknologi mudahkan hidup

  • Laman utama
  • Internet / Online
  • Review / Cadangan
  • Komputer / Software
  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media

Cara Memohon Pengeluaran KWSP i-Lestari Secara Online

April 1, 2020 by B. L. Joseph | Kategori: Internet / Online

Permohonan pengeluaran kwsp i-lestari online

Langkah-langkah permohonan pengeluaran KWSP i-Lestari Secara Online.

Berikutan wabak COVID-19 yang melanda, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa para pencarum KWSP boleh membuat pengeluaran KWSP melalui skim i-Lestari.

Permohonan pengeluaran boleh dibuat bermula 1 April 2020.

Pengeluaran boleh dibuat secara online melalui i-Akaun, melalui email dan juga pos.

Untuk infomasi lanjut berkenaan sebarang persoalan yang mungkin muncul, boleh rujuk: Soal & Jawab i-Lestari.

Bagi yang mempunyai i-Akaun, berikut merupakan langkah-langkah untuk memohon pengeluaran KWSP i-Lestari secara online.

Bagi yang belum mempunyai i-Akaun anda boleh daftar sekarang secara online melalui email.

Boleh rujuk panduan ini:

  • Cara Daftar i-Akaun KWSP secara Online

Kongsikan untuk kebaikan bersama!

(Digalakkan menggunakan PC/laptop agar untuk lebih memudahkan proses pengisian)

1. Login masuk i-Akaun anda

Lawati laman rasmi login i-Akaun KWSP: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

login i-Akaun

Login masuk ke dalam akaun anda.

2. Masuk ke bahagian ‘Withdrawal’

Dalam i-Akaun anda, klik pada menu withdrawal.

menu withdrawal i Akaun

Paparan ‘e-Pengeluaran‘ seperi berikut akan muncul:

bahagian e-pengeluaran

3. Buat ‘New Application’ untuk pengeluaran

Dalam bahagian e-pengeluaran, klik pada butang ‘New Application‘.

butang new application e pengeluaran

Bahagian untuk permohonan pengeluaran akan keluar.

4. Pilih pilihan pengeluaran ‘i-Lestari’

Pada bahgian pertama anda kena pilih jenis pengeluaran.

Dalam menu ‘drop-down’ withdrawal type, klik dan pilih jenis ‘i-Lestari‘.

withdrawal type i-Lestari

Notifikasi seperti berikut akan muncul:

notis penting e-pengeluaran

Pastikan anda membaca setiap kenyataan yang diberikan.

Klik pada butang ‘ok’ dan ‘next’ untuk meneruskan.

5. Lengkapkan bahagian ‘Withdrawal Information’

Paparan seterusnya (step 2) adalah seperti berikut:

withdrawal information step 2

Pada ruangan ‘Applied Amount‘ masukkan jumlah yang dikehendaki.

Pilihan jumlah adalah antara RM50 -RM500 sahaja.

Masukkan nombor sahaja, satu persatu.

Pada ruangan Bank Account details, masukkan bank pilihan anda dan juga nombor akaun anda.

Hanya akaun saving / current sahaja diterima dan akaun mestilah atas penama pemohon.

Siap isi tekan pada butang Next.

6. Lengkapkan bahagian ‘Withdrawal Summary’

Seterusnya paparan withdrawal summary (step 3) akan muncul:

bahagian withdrawal summary i lestari

Lengkapkan semua bahagian yang diperlukan, terutamanyanya bahagian yang bertanda *.

Siap isi tik pada kotak ‘Declaration‘

tik declaration i lestari

Notis persetujuan akan muncul. Baca dan fahami, kemudian klik pada butang ‘Agree‘.

Selanjutnya, klik pada pilihan ‘Request TAC‘.

klik request TAC

Paparan notifikasi akan muncul, klik pada butang confirm:

butang confirm tac request

TAC (nombor) akan dihantar ke nombor telefon anda yang berdaftar dengan KWSP.

Masukkan 6 digit tac tersebut dalam ruangan TAC.

Pastikan semua maklumat telah diisi dengan betul.

Klik pada butang ‘Submit‘ untuk menghantar permohonan anda.

7. Permohonan berjaya dihantar!

Paparan selanjutnya adalah pemberitahuan ‘Successful submision‘.

paparan successful submision permohonan i lestari

Sebagai rujukan, anda boleh klik pada butang ‘print’ untuk simpan rekod anda (dalam bentuk pdf).

Untuk status permohonan anda boleh lihat melalui:

  • i-Akaun Inbox, boleh diakses melalui butang menu ‘Inbox’
  • Paparan e-Pengeluaran, boleh diakses melalui butang menu ‘Withdrawal’
i-Akaun Inbox, boleh diakses melalui butang menu 'Inbox'
i-Akaun Inbox, boleh diakses melalui butang menu ‘Inbox’
status e-pengeluaran
Paparan e-Pengeluaran, boleh diakses melalui butang menu ‘Withdrawal’

Dengan ini permohonan Pengeluaran KWSP i-Lestari secara online sudah selesai.

Kongsikan jika bermanfaat pada anda!

Kongsikan post ini:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

ONE THING Anti Aging & Hydration Serum

anti aging serum

Post Popular di Bromoden

  • 15 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2023]
  • Cara isi e-Filing LHDN untuk 2021/2022 [Panduan Lengkap]
  • Cara Tukar Limit Maybank2u (Transfer / Debit Kad / ATM)
  • Cara Aktifkan International Transaction Maybank
  • 9 Cara Lajukan Internet Handphone yang Lembap
  • Cara Buat Google Form / Kehadiran / Kuiz [Panduan Bergambar]
  • 30 Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2023]
  • Bagaimana Cara Format Handphone Android?
  • 9 Cara nak Lajukan Laptop / PC Window 10
  • 10 Cara Melajukan Handphone Android yang Lambat

Google Ads

Post terbaru di Bromoden

  • Contoh URL yang Selamat – Jangan Tertipu
  • Cara Download Gambar Shopee tanpa Jejas Kualiti
  • Cara Bayar Bil SESB guna Boost
  • Cara Aktifkan International Transaction Maybank
  • Cara Delete WhatsApp yang telah Lama Dihantar
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2023]
  • Apa Itu Hashtag? #JanganTahuGunaSahaja
  • Bagaimana Cara Format Handphone Android?
  • Bagaimana Cara Kosongkan Storage Android?
  • Bagaimana Cara Pasang / Install OS di Pendrive?

Advertisement

kad bank skin

Footer

Siapa Bromoden?

laman web Bromoden

Bromoden mengongsikan tips, panduan, rujukan, review yang boleh membantu anda untuk menjalani kehidupan moden, memanfaatkan teknologi semasa untuk menjadikan kehidupan kita lebih senang. Lihat maklumat lanjut tentang Bromoden.

Kategori bacaan

  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media
  • Internet / Online
  • Komputer / Software
  • Review / Cadangan

Menu penting

  • Laman Utama
  • Tentang Bromoden
  • Hubungi
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Terma dan Syarat

- Copyright © 2023 ยท Bromoden -