• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
logo bromoden

Bromoden

Teknologi mudahkan hidup

  • Laman utama
  • Aplikasi
  • Gajet
  • Keselamatan
  • Kewangan
  • 🏷️Offer on the Net

Bagaimana Cara Buat Channel YouTube?

February 11, 2023 by B. L. Joseph | Kategori: Aplikasi, Servis

Cara Buat Channel YouTube

Panduan bergambar untuk buat channel YouTube.

Mungkin anda merupakan youtube star yang seterusnya?

Jangan buang masa.

Buat channel YouTube anda sekarang.

Untuk buat channel YouTube anda hanya perlukan:

  • Akaun Google / Gmail
  • Komputer atau laptop dengan sambungan internet.

Akaun Google adalah akaun Gmail anda – sama saja.

Jika belum ada, boleh buat dengan mudah dan percuma sini: Buat akaun Google.

Gunakan komputer/laptop agar untuk proses yang lebih mudah.

Mari mulakan.

1 Pergi ke laman www.youtube.com

Lawati laman www.youtube.com

lawati laman youtube.com

2 Log masuk guna akaun Google

Klik pada butang ‘SIGN IN‘.

Ia terletak di penjuru kanan atas paparan youtube:

lokasi butang log in youtube
Lokasi butang log in Youtube.

Kemudian log masuk guna akaun Google anda:

login akaun google gmail

3 Klik ikon profile anda

Ikon profile anda terletak di lokasi butang login tadi.

lokasi ikon profile di youtube

Klik pada ikon profile anda untuk mempamerkan pilihan berikut:

pilihan menu di bawah ikon profile
Pilihan menu di bawah ikon profile.

Teruskan klik pada pilihan ‘Create a Channel‘.

4 Buat Channel anda

Selepas anda klik pada ‘Create a Channel‘ tadi, paparan berikut akan keluar:

butang get started youtube

Klik pada butang ‘GET STARTED‘.

Seterusnya anda akan diminta untuk pilih sama ada nak guna nama anda atau nama lain:

pilih custom name

Kita pilih ‘Use a custom name‘.

Seterusnya paparan berikut akan muncul:

Buat name channel youtube

Taip masuk nama channel pilihan anda.

Jangan lupa tik pada box “I understand that I am… la.. la…”.

Kemudian klik pada butang ‘CREATE‘.

Pada paparan yang seterusnya anda akan diminta untuk:

  • Masukkan Gambar profile Channel anda
  • Masukkan description @ pengenalan untuk channel anda
  • Masukkan link berkaitan contohnya laman web, link facebook, twitter dan instagram (mana-mana yang berkenaan)

Paparannya kelihatan seperti ini:

bahagian lengkapkan profile channel youtube anda
Bahagian lengkapkan profile channel youtube anda.

Siap bahagian ini teruskan klik pada ‘SAVE AND CONTINUE‘.

Paparan berikut muncul dan bermakna channel anda sudah berjaya dibuat:

channel youtube siap
Channel Youtube anda telah siap!

Anda boleh mula untuk upload video-video anda.

Sebelum anda mula upload video ke channel anda mungkin anda perlu buat perkara seperti berikut:

5 Set Banner Image untuk Channel Youtube

Gambar banner ini akan muncul di bahagian atas channel youtube anda.

gambar banner youtube channel
Contoh Youtube Channel dengan banner. Sumber: Whllyano Marcellino Wiay.

Menjadikan channel anda lebih menarik.

(boleh memberi gambaran tentang isi kandungan channel anda)

Untuk set gambar banner klik pada butang ‘CUSTOMIZE CHANNEL‘.

butang customize channel

Dalam paparan customize klik pada: Branding:

bahagian banner image
Bahagian untuk set banner image channel YouTube.

Klik pada butang ‘UPLOAD‘ untuk set gambar banner channel anda.

Siap upload dan set jangan lupa untuk klik pada butang ‘PUBLISH‘.

Channel anda sudah siap.

Anda boleh mula untuk upload video-video anda.

Selamat maju jaya!

Kongsikan post ini:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

ONE THING Anti Aging & Hydration Serum

anti aging serum

Post Popular di Bromoden

  • 15 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2023]
  • 30 Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2023]
  • Cara Tukar Limit Maybank2u (Transfer / Debit Kad / ATM)
  • 9 Cara nak Lajukan Laptop / PC Window 10
  • 29 Kelebihan Kad Bigpay - Berbaloi atau tidak?
  • Cara Buat Google Form / Kehadiran / Kuiz [Panduan Bergambar]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android Edisi 2023
  • Bagaimana Cara Padam Page Facebook?
  • Cara Buat Link WhatsApp di Facebook
  • Cara Buat Link WhatsApp dengan Nama Sendiri

Google Ads

Post terbaru di Bromoden

  • 29 Kelebihan Kad Bigpay – Berbaloi atau tidak?
  • TIME: Internet Paling Laju & Murah di Malaysia 2023!
  • Cara Buat Google Form / Kehadiran / Kuiz [Panduan Bergambar]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android Edisi 2023
  • 30 Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2023]
  • 13 Aksesori Smartphone Terbaik & Berguna [Terkini 2023]
  • Cara Cepat Copy File Besar di PC [Robocopy]
  • Cara Semakan Wang yang Tidak Dituntut secara Online
  • 15 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2023]
  • Bagaimana Cara Buat Pinned Post Facebook?

Advertisement

kad bank skin

Footer

Siapa Bromoden?

laman web Bromoden

Bromoden mengongsikan tips, panduan, rujukan, review yang boleh membantu anda untuk menjalani kehidupan moden, memanfaatkan teknologi semasa untuk menjadikan kehidupan kita lebih senang. Lihat maklumat lanjut tentang Bromoden.

Kategori bacaan

  • Aplikasi
  • Diskaun & Kupon di Internet
  • Gajet
  • Jualbeli
  • Keselamatan
  • Kewangan
  • Servis

Menu penting

  • Laman Utama
  • Tentang Bromoden
  • Hubungi
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Terma dan Syarat

- Copyright © 2023 · Bromoden -