Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Ketika handphone anda tiada sambungan internet.
Berikut merupakan beberapa sebab kenapa anda memerlukan panduan ini:
- Anda berada di tempat yang tiada signal internet.
- Anda mempunyai Komputer yang berinternet tetapi tiada cara untuk kongsikan keluar.
Kalau share internet dari phone ke PC itu biasa sahaja.
Tetapi kalau dari PC ke internet mungkin agak jarang sedikit.
Lagi-lagi untuk pc lama yang tidak mempunyai wifi atau bluetooth.
Bagaimana carannya untuk share internet PC ke android guna USB?
Caranya adalah dengan menggunakan teknik yang dipanggil reverse tethering.
Caranya mudah sahaja, handphone tidak perlu root dan tidak perlu pasang apa-apa pada komputer.
Apa yang diperlukan untuk share internet PC ke android?
Apa yang diperlukan adalah:
- Komputer yang mempunyai internet untuk handphone
- Apps untuk reverse tethering untuk handphone. Boleh muat turun sini: Reverse Tethering NoRoot
- Perisian reverse tethering server untuk komputer. Boleh muat turun sini: ReverseTethering Server
- Wayar USB untuk sambung android ke komputer
Mungkin anda juga memerlukan:
- Driver untuk install dekat komputer agar komputer boleh disambungkan dengan handphone android. Jika anda tidak ada driver boleh tengok dekat senarai sini: Senarai Android OEM Driver
- Java runtime versi 1.7 atau terbaru. Jangan install melainkan diminta.
Untuk makluman awal, aplikasi Reverse Tethering NoRoot yang akan kita gunakan mempunyai batasan iaitu ’10 MINIT sambungan untuk satu sesi’.
Selepas 10 minit, kena rehat 9 minit sebelum sambung semula. Ini adalah teknik agar pengguna membeli versi Pro mereka.
(10 minit sudah cukup baik dibandingkan tidak ada internet langsung)
Tidak disarankan: Menggunakan Google untuk mencari versi Reverse Tethering NoRoot Pro tanpa bayar.
Cara untuk memasang dan setting reverse tethering
01. Pertama sekali pastikan anda suda muat turun semua yang diperlukan seperti dalam senarai diatas.
Kemudian install apps Reverse Tethering NoRoot dalam handphone anda. Yang lain jangan dulu.
02. Seterusnya, aktifkan USB Debugging Handphone anda.
Pilihan untuk aktifkan ada terdapat dalam bahagian setting ‘developer option’.
Pergi ke setting > System > About phone.
Cari ‘Build number’ dan sentuh berturut-turut selama 5 kali sehingga notifikasi ‘developer mode’ keluar.
Pilihan ini terdapat dalam bahagian bahagian setting ‘Developer option‘.
Selepas developer mode aktif barulah kita dapat aktifkan USB debugging.
Pergi ke Setting > System > Developer Option. Kemudian cari pada bahagian paling bawah pilihan ‘USB debugging’ dan aktifkan.
03. Sambungkan handphone ke Komputer dengan menggunakan wayar USB anda.
Jika anda belum pernah menyambungkan handphone ke komputer yang digunakan (untuk transfer file) mungkin anda perlukan driver.
Dalam senarai keperluan diatas saya sertakan link. Cari driver untuk handphone anda, muat turun dan install dalam komputer.
Untuk pastikan handphone anda disambungkan dengan betul pada komputer periksa pada ‘My komputer’.
Right klik pada ‘My komputer / This PC’ dan pilih pilihan ‘Properties’.
Dalam properties, cari ‘Device Manager’.
Jika handphone anda disambungkan dengan betul dengan komputer, dalam ‘Device Manager’ nama handphone anda akan keluar seperti ini:
04. Sediakan Perisian Reverse Tethering Server untuk Komputer.
Pautan untuk Reverse tethering Server ada saya sertakan dalam senarai keperluan diatas.
Selepas muat turun, letak dan extract fail ke mana-mana bahagian komputer yang senang anda akses nanti.
Perisian ini sepatut tidak perlu install, hanya perlu extract dan boleh terus guna.
Untuk PC jenis lama, jika diminta anda boleh install Java Runtime
05. Mulakan reverse tethering dan sambung internet.
Start aplikasi ReverseTethering dalam handphone anda, sentuh pada butang ‘Connect’ dalam tab status.
Pada komputer, cari dan buka folder ‘Reverse Tethering Server’ yang anda extract tadi dan klik pada ‘ReverseTetheringServer.exe’
Tiada apa-apa yang akan keluar, akan tetapi notifikasi akan muncul pada sudut bawah kanan komputer anda seperti ini:
Periksa pada handphone, jika notifikasi allow debugging dan VPN keluar, sentuh pada butang ‘ok’.
Jika sambungan internet anda berjaya, paparan seperti berikut akan muncul dalam apps ‘Reverse Tethering’ apps pada handphone anda.
Kongsikan jika post cara share internet PC ke android guna USB ini bermanfaat pada anda!
Baca juga: Cara lajukan internet handphone yang lembab
Leave a Reply