• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
logo bromoden

Bromoden

Teknologi mudahkan hidup

  • Laman utama
  • Internet / Online
  • Review / Cadangan
  • Komputer / Software
  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media

3 Cara Tukar PDF ke Word [100% Free @ Percuma]

January 29, 2023 by B. L. Joseph | Kategori: Komputer / Software

cara tukar fail pdf ke word dengan mudah.

Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364

Memudahkan kerja editing anda!

Bromoden ingin kongsikan beberapa cara mudah dan percuma untuk tukar fail pdf ke word.

Sangat berguna untuk kerja-kerja mengedit.

Jimat masa dan tenaga anda.

Pilihan cara tukar pdf ke word

  1. Tukar pdf ke word guna Google Docs
  2. Tukar pdf ke word guna Word
  3. Tukar pdf ke word secara online

Pilih mengikut kesesuaian @ mana satu yang mudah bagi anda.

Work smart adalah 100 kali lebih efektif dari work hard!

1 Tukar guna Google Docs

Cara ini amat mudah, dipercayai dan 100% akan berjaya.

Hanya perlu ada akaun google untuk menggunakannya.

Kelebihan guna Google Docs untuk tukar adalah, format dokumen apabila suda ditukar hampir tiada beza dengan asal.

Selain itu anda boleh edit terus dekat Google Docs untuk lebih efisien.

Caranya adalah seperti berikut:

Pertama sekali, pastikan anda sudah login ke dalam akaun google anda.

Kemudian pergi ke halaman www.google.com.

Di bahagian penjuru kanan atas klik pada ikon ‘Google apps‘:

butang google apps

Kemudian dalam paparan Google apps yang diberikan pilih ‘Drive‘:

drive di google apps

Seterusnya, kita upload masuk fail pdf yang mahu ditukarkan ke word ke dalam drive.

Menu untuk operasi Google Drive terletak di bahagian kiri paparan laman.

Untuk upload klik pada menu: + New > File upload

menu upload file google drive
Menu untuk upload file di Google Drive.

Pilih fail pdf anda dan upload.

Siap upload, cari fail tersebut dalam Google drive anda, right klik dan pilih ‘Open with > Google Docs’:

Dan fail pdf anda akan tertukar ke bentuk word.

fail dibuka guna google docs
Fail yang sudah ditukar ke word di Google Docs.

Selanjutnya anda boleh muat turun fail ini atau edit sahaja dekat Google Docs.

Jika anda nak muat turun dan edit guna words caranya seperti berikut:

Dalam paparan dokumen anda tadi klik pada menu: File > Download > Microsoft Word

download fail google docs sebagai words
Download fail dalam bentuk word.

2 Tukar pdf ke word guna Word

Agak sedikit lucu bunyinya bukan?

Kebanyakkan keluaran terbaru Microsoft Office (word, excel, powerpoint…) berupaya untuk menukarkan pdf ke jenis fail yang sama dengan aplikasi yang anda gunakan.

Contohnya jika anda buka pdf dalam words ia akan automatik menukarkan fail tersebut ke bentuk words.

Anda boleh cuba buka fail pdf tersebut seperti biasa menggunakan words.

tukar fail pdf ke word guna word
Buka fail pdf dalam word akan menukarkan jenis fail ke word.

Saya menggunakan versi ‘Microsoft Office Professional Plus 2019’.

Versi ini tidak ada masalah untuk menukarkan pdf ke word.

Anda boleh cuba tukar guna word anda.

Jika tidak berjaya anda boleh mungkin anda boleh upgrade ke versi office terbaru di Shopee.

Ada yang harganya murah juga, boleh digunakan tapi saya tak jamin keasliannya.

3 Tukar pdf ke word secara online

Anda boleh juga tukar secara online.

Tukar secara online dengar lagi mudah bukan?

Tak perlu buat banyak prosedur.

Hanya perlu upload saja fail pdf, tunggu dia tukarkan kemudian download balik.

Tapi saya tidak sarankan.

Kerana?

Prosedur tukar fail pdf online adalah seperti berikut:

Anda perlu upload fail anda, bagi dengan orang lain, dia tolong tukarkan kemudian bagi balik pada anda.

Bila anda bagi fail anda dengan orang lain, dia boleh buat apa sahaja dengan fail tersebut tanpa pengetahuan anda.

dokumen peribadi dicuri
Jangan upload sebarang dokumen sensitif anda kepada orang lain.

Dia boleh simpan, sebarkan dan sebagainya.

Saya tak kata ‘mereka’ yang menawarkan servis tukar pdf ke word tak boleh dipercayai.

Tapi lagi baik berpada-pada ketika melakukan sebarang aktiviti online.

Walaubagaimanapun, jika anda sekadar nak convert fail-fail yang bukan sulit yang tak kisah bagi orang nampak;

(atau fail-fail yang anda nak copy isi kandungannya…)

Apa salahnya gunakan servis online ini bukan?

Saya sarankan 2 url berikut:

  • https://www.hipdf.com/pdf-to-word
  • https://www.ilovepdf.com/pdf_to_word

Cuma jangan gunakan servis online ini untuk dokumen penting, sensitif atau yang mengandungi data peribadi anda.

Diharapkan post ini bermanfaat pada anda.

Jangan lupa kongsikan kepada mereka yang memerlukannya!

Kongsikan post ini:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Hustle Drops Sport Boost

Hustle Drop Sport Boost

Post Popular di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat - Jangan Tertipu

Google Ads

Post terbaru di Bromoden

  • Cara Copy Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
  • Cara isi e-Filing (MyTax) untuk 2023/2024 [Panduan Lengkap]
  • Kenal Pasti Teknik Phishing di Facebook
  • 30+ Pakej Internet Terbaik untuk Rumah [Updated 2024]
  • 31 Laman Web Online Shopping Malaysia [Senarai 2024]
  • 12 Laman Web Movie Percuma Terbaik [Updated 2024]
  • 6 App Lajukan Internet untuk Android [Updated 2024]
  • Tips Beli Barang Dari Luar Negara
  • Cara Repair Pendrive Rosak / Corrupted
  • Contoh URL yang Selamat – Jangan Tertipu

Advertisement

kad bank skin

Footer

Siapa Bromoden?

laman web Bromoden

Bromoden mengongsikan tips, panduan, rujukan, review yang boleh membantu anda untuk menjalani kehidupan moden, memanfaatkan teknologi semasa untuk menjadikan kehidupan kita lebih senang. Lihat maklumat lanjut tentang Bromoden.

Kategori bacaan

  • Apps / Gajet
  • Hiburan / Media
  • Internet / Online
  • Komputer / Software
  • Review / Cadangan

Menu penting

  • Laman Utama
  • Tentang Bromoden
  • Hubungi
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Terma dan Syarat

- Copyright © 2025 · Bromoden -